Sunday, 20 March 2016
Keajaiban Mendoakan Orang Lain ...
Ada 3 hadis yang boleh dijadikan inspirasi untuk mendoakan orang lain.
1.
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)
2.
Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)
3.
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud :
“Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
.
Bayangkan jari kita ketika menunjukkan kepada sesuatu benda. Atau bayangkan jari kita ketika mengucap 2 kalimah syahadah ketika solat.
Jari telunjuk terbuka, dan 4 jari tertutup ke dalam.
Apabila saya nak mendoakan orang lain, nak mengumpat, bercakap yang tidak baik, saya akan gunakan formula itu.
Contoh, apabila saya mendoakan orang lain dideraskan rezeki yang berkat, saya membayangkan saya dapat 3 kali ganda daripada apa yang saya doa kepada orang lain.
Tambahan lagi, dalam hadis, dinyatakan malaikat turut mendoakan kita perkara yang sama. Seperti yang kita tahu, malaikat sentiasa bertasbih kepada Allah SWT tanpa henti.
Darjat malaikat di sisi Allah juga tinggi. Malaikat pula ada beratus ribu dan tidak diketahui betapa banyaknya jumlah malaikat.
Apabila dicongak kasar:
1 kali mendoakan orang lain - infiniti malaikat yang sentiasa bertasbih mendoakan kita
Subhanallah. Betapa magiknya diri merasakan kekuatan doa daripada malaikat yang sentiasa bertasbih, mendoakan kita.
Tiba-tiba teringat Uwais Al Qarni yang terkenal dalam kalangan penghuni langit. Tidak dikenali dalam kalangan penduduk bumi.
Berbalik kepada mendoakan orang lain, begitu juga andai saya nak mengata orang. Saya akan terfikir,
"Andai aku mengata orang lain, 3 jari berbalik kepada aku."
"What you give, you get back MORE."
Dengan izin Allah, rasa takut nak mengata orang lain. Selari dengan hadis,
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Hadis Riwayat Bukhari& Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment