Kita mungkin pernah bantu saudara atau kawan yang dalam kesusahan. Walaupun tidak mengharapkan balasan, kita mungkin kecewa jika selepas beberapa ketika, dia mengambil sikap dingin dengan kita. Kita mungkin pernah dengar ungkapan, “Masa susah dan nak minta tolong, lembik tengkok. Bila dah senang lo ni, batang hidung pun dok nampak!”.
BEGITULAH JUGA
KITA DENGAN ALLAH SWT. Pernah ke kita hadapi masa getir dalam hidup?
Ketika di mana kita rasa betul-betul tak terdaya, kita memerlukan
bantuan? – anak sakit teruk ke, kita sendiri sakit ke, nak kahwin dengan
pilihan sendiri tapi keluarga menghalang ke, orang berbuat khianat
kepada kita dan keluarga ke, perniagaan kita menghadapi masalah ke, nak
sangat naik pangkat ke, nak sangat dapat kerja ke, kereta rosak di
tengah hutan belantara ke, kita di atas kapal terbang yang
terumbang-ambing kerana ribut kuat ke…
Ketika itu mungkin kita rasa begitu dekat dengan Allah SWT (Hakikatnya, Allah sentiasa dekat dengan kita. Kita yang menjauhkan diri daripada Allah). Ketika di mana doa kita mampu mengeluarkan air mata….ketika di mana kita berani buat macam-macam janji dengan Allah….Masa berlalu dan kita pun dah diselamatkan Allah daripada ketika getir itu. Kita pun mungkin dah lupa atau gagal menghayati ketika getir itu….lupa yang kita pernah berjanji macam-macam dengan Allah…kita kembali jauh daripada Allah!
~Tazkirah-For-All

No comments:
Post a Comment