Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang...
Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini
tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya
bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini.
Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi
dimuliakan oleh Allah.
Kita hanya manusia biasa dan menentukan
seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya
Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi
seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan
dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Kisah Seorang Yang Tidak Tahu Baca Al-Quran, Tapi Kuburnya Bercahaya Ke Menjulang Langit
1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.
2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan
perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang
suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus
menjulang ke langit.
3. Terpegun dan kaku melihat kejadian
itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang
sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang
soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak
di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang
lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati
lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
7. Anehnya isteri simati terkejut dan
kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa.
Suaminya seorang petani biasa saja.
8. Bukan seorang alim, bukan seorang
ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin,
bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia
tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
10. Akhirnya isteri simati teringat
suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di
dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium
dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an
itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang
yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan
tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat
dikasihi.
12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah
mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku
tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di
atas kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan
ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat
bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat
mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“
“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
13. Lelaki itu meminta untuk melihat
al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila
ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di
kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala
membuka lembaran yang maha suci ini.
14. Pastinya lelaki ini sangat mulia
peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat
mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia
mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
15. Marilah kita menghidupkan al-Quran
di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap
masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
No comments:
Post a Comment