Tuesday, 15 March 2016

Sifat Manusia Itu Mahu Kebaikan Dibalas Kebaikan

Inilah yang selalu terjadi dalam hari-hari kita. Kerana terlalu berharap pada balasan kebaikan, kadang-kadang kita terlepas pandang pada kelemahan yang dinamakan ‘manusia’.
Kita mahu kalau boleh, bila kita buat baik, yang menerima kebaikan akan membalas dengan kebaikan yang serupa. Bila saja kita tidak menerima balasan yang setimpal, kita mula rasa dikhianati, tidak dhargai, kurang disayangi.

Kita ini, manusia. Kurang lebih antara kita sepatutnya sudah maklum.
Apakah kita mahu mengharapkan lebih daripada manusia lain yang kelemahannya lebih kurang sahaja dengan diri kita? Tidakkah kita mahukan balasan Allah yang tiada banding taranya?
Sukar sebenarnya mendidik hati mengaplikasi pelajaran yang satu ini, yakni menerima kurang lebih antara manusia dengan lapang dada. Namun sukar tidak bermakna ia sukar dilakukan. Kita boleh. Cuma mahu atau tidak saja.

Selalulah luangkan masa dengan hati. Ajak hati berbual-bual, fahami ia, didik ia perlahan-lahan menurut kemanisan ibadah bersulam iman. Hati ini fitrahnya kebaikan.
Hanya kerana dosa-dosa yang terpalit, ia jadi keras dan hitam.
Berusahalah membersihkan. Pohonlah kekuatan dari Yang Maha Perkasa, InsyaAllah berjaya.

No comments:

Post a Comment