1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum
masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat
orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya
orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka
aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya
sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah
swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)
3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup
aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia
melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi
dan Abu Daud)
5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina)
dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan
sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka
terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.”
(HR. al-Bukhari)
6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w.
menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”,
ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab
“Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah
dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki
yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka
Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di
antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan
sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu
akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah
menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang
demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat
suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan
syaitan)”. (HR. al-Bukhari)
8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman
dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah
mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban
saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang
diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya
walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)
9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak
menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang
menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya
pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan
menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup
keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari
akhirat.” (HR. al-Bukhari)
10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang
terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap
daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang
yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
No comments:
Post a Comment