Sunday, 20 March 2016

MENGAPA MERASAKAN ALLAH SANGAT JAUUUUUUHHHH


Manusia adakalanya merasakan bahawa Tuhan itu jauh. Sangat jauh pabila terasa bagai Allah tidak mendengar rintihan kita.. terasa seolah-olah Allah benci kepada kita.. terasa Allah meluat dan jemu mendengar doa-doa kita,.. dan kita hampir putus asa. Hati remuk setiap kali ujian datang menimpa. Air mata mengalir deras sebagai tanda lemahnya seorang hamba. Kesakitan itu bagai tiada noktahnya seringkali menduga iman. Tuhan jauh dari kita.. sebab kononnya kerana Tuhan tidak menolong kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Biarkan kita terkapai-kapai dalam menghadapi dugaan yang ada.
Bukan soal Allah itu jauh sebenarnya. Sebenarnya masalah itu adalah pada manusia itu sendiri. Kurang membuatkan diri tersentuh dengan perkara yang berkaitan dengan-Nya. Kurang atau tidak pernah memohon ampun merendahkan diri dengan sujud kepada-Nya. Apabila hati manusia tidak diisi dengan perkara-perkara yang mengingatkan kepadaNya, maka hati manusia akan kosong daripada sentuhanNya. Lalu, mulai saat itulah manusia yang masih tidak membuka mata hati mengatakan yang Tuhan itu jauh. Walhal, Tuhan itu sentiasa dekat!
Sungguh, Allah swt tidak pernah jauh. Selagi mana manusia melembutkan hati dan memandang semua kejadian itu adalah hidayah dan hikmah daripada Allah. Kerana memang itulah hakikatnya. “Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – Qaf : 16 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah : 186
Saudaraku jangan pernah merasakan Alllah itu jauh. Sebaliknya, berilah dorongan dan motivasi kepada diri sendiri dan katakan bahawa memang diri kitalah yang semakin jauh dari Allah. Di saat merasakan perkara itu, maka mohonlah keampunan dari Dia. Moga kita dikuatkan olehNya. Hidup itu tak pernah jauh dari Allah, dan jangan pernah jauh dari Allah, maka kau akan hidup dan Allah merancang setiap milik dari kita dan hidup kita dengan begitu sempurna hanya untuk membuktikan bahwa hidup itu ladang ujian untuk kita, baik dari jiwa, raga, orang tua, saudara, kekasih, teman dan barang-barang kesayangan kita.
Semua sudah direncanakan Allah dengan detail. Pernahkan kita merenung sesaat, menangkap apakah hikmah dari setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini, bahawa hidup di dunia hanyalah untuk beribadah kepada Allah.. Berpesanlah pada diri .. tabahkan hati kuatkan semangat, kukuhkan iman banyakkan zikrullah dan jangan mengeluh jangan kecewa. Sesunguhnya, Allah sentiasa bersama kita, Allah sungguh dekat...

No comments:

Post a Comment