Wednesday, 16 March 2016

BERUNTONGNYA WAHAI INSAN TERPILIH


Duhai insan terpilih,
Bahagialah dikau dengan ujian yang diterima,
Mereka yang diberi peluang Allah,
Menjaga orang sakit,
Menjaga orang tua,
Tidak kiralah ibu, abah, datuk atau nenek,
Asalkan nama keluarga,
Mempunyai keluarga yang cacat,
Lalu kau jaga dengan erat,
Adik atau kakak yang kurang upaya,
Dari segi fizikal dan mental,
Semenjak lahir dari rahim ibunya,
Atau dipilih menjaga suami,
Atau dipilih merawat isteri,
Yang sakit tak mampu meneruskan kehidupan,
Dengan kudrat yang dikurniakan Tuhan,
Kau rawat dengan kesabaran.

Duhai insan terpilih,
Berapa ramaikah orang yang dipilih Allah?
Untuk merasakan pengalaman yang kau rasa?
Meski engkau bukan malaikat yang sempurna,
Terkadang marah, merungut dengan ujian Tuhan,
Namun ku tahu pahala kau pasti berganda!
Lebih daripada mereka yang hidup senang,
Tidak diuji Allah dengan penderitaan yang bergelumang.
Engkau insan terpilih,
Allah tidak akan memilih,
Hamba-hambaNya yang tidak mampu menggalas rasa sakit,
Kau dipilih kerana engkau kuat!
Lebih kuat daripada mereka yang kuat!
Maka teruslah bertabah,
Dan tetap kental dengan mehnah,
Kerana engkau insan terpilih,
Yang dipilih Allah.
Semoga Allah sentiasa bersamamu.

No comments:

Post a Comment