Kawan..buat apa dipelihara luka hati yang cuma membuat jiwa mu pedih dan hati mu menanggis? Berdoalah untuk hati yang kuat. Kerana hati adalah tempat segala perasaan amarah, kasih, pedih atau benci yang kita letakkan.
Sahabatku..jangan sedih-sedih, hidup ini indah kalau kita tahu
menghargainya. Senyumlah walau ada kelukaan di hatimu, kerana orang yang
tersenyum dalam kelukaan adalah orang yang tabah. Mencari hikmah di
setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati
yang sedang berputus asa..
Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir Allah, tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah serta KEKUATAN disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.
Allah tahu ada kepiluan yang kau sembunyikan, Ada kata duka yang tak mampu kau ungkapkan. Ada kesedihan yang tak seorang pun melihatnya darimu. Sejenak angkatlah kepalamu. Jangan bersedih.. kerana pertolongan-NYA begitu dekat. Kau hanya perlu berbisik dalam sujud. Kerana saat itu engkau dan DIA begitu dekat.

No comments:
Post a Comment