Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk dan menangis. Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu. PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.
Percayalah, jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita.
Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan kirimkan
khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak
sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak
akan memungkiri janji. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang
melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan
setiap dugaan dariNya. Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga
sana. Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan
mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.
Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar.. Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati. Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia. Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat. Kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

No comments:
Post a Comment