Pastinya semua orang pernah merasa terluka kerana perbuatan atau sikap insan yang kita sayangi. Kerana hanya kata-kata dan perbuatan orang yang istimewa di hati kita yang akan berbekas di hati. Luka di hati kadangkala memakan masa yang terlalu lama untuk sembuh. Sakitnya terasa amat pedih, sehinggakan kadangkala kita menitiskan air mata berkali-kali mengenangkan perkara yang melukai hati kita itu. Namun, kadangkala luka di hati yang masih terasa itu bukanlah disebabkan kita masih memendam kebencian kepada si penoreh luka, akan tetapi mungkin tanpa kita sedari sebenarnya luka itu masih terasa kepedihannya dek kerana hati kita tidak mampu memaafkan diri kita sendiri. Ya, kita tidak mampu memaafkan diri kita sendiri kerana membenarkan diri kita dilukai.
Kitalah yang membenarkan diri kita bersedih kerana perbuatan orang
lain. Kitalah yang membenarkan hati kita mempercayai orang yang salah.
Kitalah yang menyimpan harapan tinggi kepada orang yang tidak
sepatutnya. Kitalah yang memilih untuk membenarkan insan itu mendapat
tempat di hati kita untuk pada akhirnya meninggalkan parut di hati kita.
Sama ada sedar atau tidak, sama ada kita ingin menerima atau tidak,
hakikatnya kitalah salah satu penyumbang besar luka di hati kita
sendiri. Namun, kita juga seharusnya tahu bahawa luka itu juga ada
manfaatnya untuk kita, kerana sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya.
Ayuhlah kita belajar memaafkan, tidak hanya kepada orang lain tetapi juga diri kita sendiri. Maafkanlah diri atas kesilapan yang telah kita lakukan, kerana melaluinya kita belajar mana yang tidak patut kita lakukan. Dengannya kita mulai belajar mengenal yang mana kaca dan yang mana permata. Oleh itu, andai pedih luka itu mendatang dan air mata menitis lagi, letakkanlah tangan ke dada dan ucapkanlah :”Wahai hati, maafkan aku kerana melukaimu”. Lalu ukirlah senyumanmu dan pandanglah ke atas, ucapkanlah:”Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan rasa ini kepadaku”

No comments:
Post a Comment