Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah.
Ternyata ketika kita berdoa, jiwa lebih
terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya kita kerana masalah
yang menimpa. Ini adalah sering terjadi pada kita.
Apakah yang menyebabkan semakin berdoa, semakin jiwa berasa lebih sempit?
Kita memohon kepada Allah agar masalah kita dapat diselesaikan. Kita mohon agar diberikan jalan agar masalah kita dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
Kita memohon kepada Allah agar masalah kita dapat diselesaikan. Kita mohon agar diberikan jalan agar masalah kita dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
Harapan ini menyebabkan jiwa semakin
terhimpit. Kita memohon segala aturan, takdir dan qada’ kita ditentukan
dengan cara kita. Akhirnya jiwa kita semakin parah.
Bagaimana menyelesaikannya?
Fahamilah bahawa masalah yang sebenarnya adalah bukan masalah yang kita hadapi itu. Bukan masalah yang kita harapkan ia selesai itu.
Fahamilah bahawa masalah yang sebenarnya adalah bukan masalah yang kita hadapi itu. Bukan masalah yang kita harapkan ia selesai itu.
Masalah UTAMA kita adalah TIDAK MAMPU MENERIMA KEHENDAK ALLAH.
Yang harus didoakan adalah memohon agar diperkuatkan jiwa untuk mampu
menerima kehendak Allah. Mampu menerima apa yang telah terjadi.
Ketika jiwa tidak mampu menerima
kehendak Allah, Allah makin sempitkan jiwa kita. Semakin degil, semakin
dihimpit dan terus dihimpit hingga akhirnya kita penat dan letih.
Ketika penat dan letih, di sinilah hati
akan berkata…. “lantaklah…. biarlah…. sudahlah…. ect”. Inilah tanda jiwa
sudah menyerahkan semuanya pada Allah.
Ia kelihatan seperti putus asa, namun me’lantak’lah itu lah permulaan untuk jiwa bangun semula.
PERSOALAN?
Adakah kita ingin hingga benar-benar rasa terhimpit dan kemudian baru ingin berserah? Bukankah jika awal-awal lagi berserah lebih membahagiakan. Tidaklah jiwa terhimpit menahan sakit yang pasti memakan masa berhari-hari malah bertahun.
Adakah kita ingin hingga benar-benar rasa terhimpit dan kemudian baru ingin berserah? Bukankah jika awal-awal lagi berserah lebih membahagiakan. Tidaklah jiwa terhimpit menahan sakit yang pasti memakan masa berhari-hari malah bertahun.
Lalu ketika ada masalah,
PERTAMA KENA LAKUKAN adalah datang ke Allah dan MEMOHON MAAF kepada Allah kerana jiwa tidak mampu menerima.
PERTAMA KENA LAKUKAN adalah datang ke Allah dan MEMOHON MAAF kepada Allah kerana jiwa tidak mampu menerima.
“ya Allah, hambaMu memohon maaf ya
Allah kerana tidak mampu menerima kehendakMu ya Allah. Ya Allah maafkan
hambaMu ini ya Allah kerana tidak mampu menerima takdirMu ya Allah. Ya
Allah…….. maafkan hambaMu ini ya Allah….. maafkan ye ya Allah… maafkan…“
KEDUA mohonlah agar jiwa diperkuatkan oleh Allah untuk menerima kehendakNya kerana yang mampu menguatkan jiwa HANYA ALLAH SWT.
“Ya Allah hambaMu mohon ya Allah
agar jiwa ini dikuatkan ya Allah. HambaMu mohon ya Allah agar jiwa ini
mampu menerima kehendakMu ya Allah. Ya Allah aku terima kehendakMu ya
Allah. Aku terima ya Allah…. aku terima. Aku redha ya Allah…. aku pasrah
ya Allah…. aku pasrah… Allahuakbar…. Subhanallah… Alhamdulillah….. ya
Allah….. “
KETIKA JIWA SUDAH MENERIMA, ADAKAH YANG DIKATAKAN ‘MASALAH’ ITU DIANGGAP MASALAH LAGI? Pasti tidak. Kita akan memahami dan menerima ia adalah kehendak Allah.
Ya benar, hal itu tidak dapat dilupakan.
Tidak perlu melupakan. Ketika jiwa menerima, kita tidak kisah lagi
walaupun fikiran tidak mampu melupakan hal itu. Inilah hebatnya pasrah,
berserah dan redha dengan Allah SWT. Kekuatan kita didayakan kuat oleh
Allah untuk mampu menerima.
Kita sangat memahami hingga terkeluar kata-kata….
“Aku perlu laluinya. Aku akan tetap
terus berusaha bersandarkan ilham yang dipertunjukkan Allah dalam
menyelesaikan hal yang menimpa. Ia akan selesai tidak sesaat awal dan
tidak sesaat terlewat pun.”
Jiwa akan lebih sabar. Akan lebih
khusyuk. Maka jiwa akan ringan untuk sentiasa datang kepada Allah setiap
saat. Akan bahagia setiap saat bersama jiwa yang sedar Allah.
Nanti di sinilah titik bermulanya kita
mampu melihat jalan penyelesaian hal yang kita anggap sebagai masalah
tadi. Kita akan saksikan pertolongan Allah satu persatu datang tanpa
disangka-sangka. Kita akan lihat mereka disekeliling kita akan
digerakkan oleh Allah samada secara langsung atau tidak di dalam
membantu menyelesaikan hal kita ini. KITA LEBIH SEDAR SETIAP SAAT PADA
ALLAH.
Selama ini kita rasa semua ini kebetulan dan kini tidak lagi. Kita tahu semua ini adalah aturan Allah.
Fahamilah saudara bahawa inilah corak
kehidupan kita. Hari ini diuji Allah, lalu diselesaikan Allah dengan
caraNya. Bukan cara kita. Esok lusa akan terus diuji dan ia akan
berterusan sebegini hingga kita datang mengadapNya dengan abadi
Yakinilah pada Allah kerana segala hal datang dari Allah dan
kembalikanlah semuaNya pada Allah dengan berserah, pasrah dan redha.
Kita redha dengan Allah, pasti Allah redha dengan kita.
No comments:
Post a Comment