Menangis Sahabat..
Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar.
Sedar akan
kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari
kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia
dan akhirat.
Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?
Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.
Menangis
Apabila
seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat
dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari
kebenaran.
Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang.
Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya.
Orang
Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak
tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan
oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.
Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.
Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal.
Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah.
Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an.
Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6).
Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.
Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka.
Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.
Bukankah
diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari
dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa
kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata?
Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.
Yang biasa
dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak
manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik.
Seorang
mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada
Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di
dunia ini.
Di zaman
ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa
menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya.
Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.
Kita tidak
akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika
jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan
fitnah.
Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.
Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran.
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).
Ja’far bin
Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada
seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan,
bercucuranlah air mata raja Habsyah itu.
Dia
mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal
kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab
kemudian menangis.
Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.
Orang yang
keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah.
Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau
malah berpaling dari kebenaran.
Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya.
Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya
orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling
bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun
bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)
Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an.
Menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir. Menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur.
Atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.
Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).
Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?
No comments:
Post a Comment