Definisi hati mati menurut pengalaman saya adalah apabila:-
1. Kita tahu kita melakukan dosa dan kelalaian, tetapi kita tidak cuba menjauhinya
“Sebahagian
daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana
tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat
sesuatu perlanggaran dosa”. -Syeikh Ibn Athaillah
2. Kita
tidak lagi merasa kehadiran Allah dalam solat dan di saat membaca
al-quran, malah hati kita sendiri tidak hadir semasa melakukan amal
ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.
“Sesiapa
yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal
atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat
al-Tabarani).
3. Kita
terasa liat menyertai program-program berunsur rohani, malah rela
menghabiskan masa untuk keseronokan yang tidak meningkatkan iman
4. Kita
lebih suka tidur dari bangun malam, malah masa sehari tersebut
dihabiskan dengan tidur yang berlebihan dan bermalas-malasan
5. Hati terasa kosong, kosong, dan kosong. Tercari-cari di manakah iman di dalam hati? :'(
6. Lagi tanda-tanda hati mati? Rujuk gambar di bawah:-
Apa yang perlu dilakukan saat kita terasa hati kita semakin jauh dari Allah?
1. Banyakkan
berzikir/istighfar sambil menghayati maksudnya. Saya selalu
menonton/mendengar zikir-zikir di Astro Aosis untuk upgrade iman saya
(seperti sekarang). Sungguh, zikir mampu meningkatkan iman, mampu
mengisi hati yang kosong kembali mengingat Allah. Jika anda seorang yang
suka mendengar mp3 di telefon mudah alih anda, isikan zikir-zikir dan
ayat-ayat al-quran untuk anda dengar setiap hari. Malah anda boleh
memilih lagu zikir mana yang menjadi pilihan anda dan sedap didengari.
Jika tidak biasa, biasakan. Jika tidak mampu secara drastik, lakukan
secara perlahan-perlahan.
2. Cari
ceramah/pengisian/gambar yang berbentuk tasawwuf, yang berbicara soal
hati dan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya. Saya suka mendengar Ustaz
Zulkifli Al-Bakri berbicara soal tasawwuf, sekaligus muhasabah apakah
punca kosongnya hati saya. Sejujurnya, setakat pengalaman, selain
usrah-usrah berunsur haraki, kita perlu cari pengisian berbentuk
tasawwuf. Kerana fitrah manusia terkadang lupa, hati juga
berbolak-balik.
3. Jika
sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali. Jika sudah lama
tidak menyertai program-program kemasyarakatan/keagamaan, cari
program-program itu kembali. Jika sudah lama tidak berjemaah di masjid
bagi muslimin, carilah kembali masjid itu. Kerana di situ kita akan
berjumpa bertentang mata dengan sahabat-sahabat yang soleh. Percayalah,
hati kita akan sejuk melihat kesolehan sahabat-sahabat kita. Hati akan
segera terdetik mengingati Allah. Sungguh, benarlah satu hadis
mengatakan bahawa sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita
memandang wajahnya, kita akan segera mengingati Allah. Saya bersyukur
masih ada sahabat-sahabat begini. Alhamdulillah.
4. Buka
al-quran dan tadabbur maknanya. Al-quran bukan untuk dibaca sahaja,
tetapi untuk dihayati maknanya dan seterusnya diamalkan. Kadang-kadang
hati kita tidak hadir sama ketika membaca al-quran dan juga ketika solat
kerana kita tidak menghayati makna-makna bacaan kita.
5. Bangunlah
tahajud di waktu malam. Cari hati itu kembali. Banyakkan taubat nasuha
atas kelalaian kita. Mungkin mengambil masa, tetapi percayalah lambat
laun, melihat kesungguhan kita Allah akan kembalikan hati yang penuh
keimanan itu kepada kita. InsyaAllah.
6. Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? :'(
Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yang hidup,
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati
yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Jalan Mujahadah
Iman itu
sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sangat
perlu dalam meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan di sepanjang
jalan, tetapi manis di akhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah,
supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati,
kita mati dalam keadaan bukan sahaja Islam malah berIman. InsyaAllah.
Bacaan lanjut tentang merawat hati yang mati? Klik di sini
No comments:
Post a Comment