Wednesday, 30 March 2016

MATI ... SUDAH KAH KAU INGAT ?


Betapa TERAMAT pentingnye mengingati mati. Rasulullah SAW sabda.. "Orang yang paling bijak antara kamu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati”. Kalau kita kerja engineer, kita ni PHD, kita ni ahli akademik di universiti tersohor, kita ni akauntan bertauliah, kita ni terer merempit, terer cakap belit, kita ni cendikiawan, kita ni doctor pakar tapi kalau kita tidak ingati mati, maka takda lah terer mana dan tak lah bijak mana.
Pesan Rasulullah SAW lagi, mengingati mati boleh mengatasi keriangan dan keseronokan. Ye la, bayangkan kalau kita ingat kita nak mati bila2, seminit lagi ke, sejam, sebulan, even setahun kita tak kan rasa nak bergembira. Mesti kita beramal ibadat tanpa henti, menangis setiap kali berdoa. Lagi pesan Rasulullah (lebih kurang maksud) “. Kalau kamu tahu apa yang aku tahu (tentang pembalasan hari akhirat) tentu kamu akan lebih banyak menangis dan kurang ketawa”. Tapi kalau tak ingat mati, kita akan rasa dunia untuk keseronokan, kesenangan dan hiburan. Hiburaaaaaannnnn tak habih2. Rasulullah SAW sabda lagi, mafhum “Hidup di dunia ini seperti seorang musafir” .
Are you ready? Macam mana nak ready?.. Huh! Budak sekolah pandai macam mana pun, genius ke , gifted ke, mesti sedikit sebanyak buat preparation bila nak SPM. Habis2 malas belajar pun, solat hajat, doa, mintak berkat guru, dan macam2 lagi. Macam kat opis mana-mana, semua orang pandai belaka, pun gelabah gak prepare nak audit. Sama jugak untuk MATI. Kita mesti prepare untuk mati dan kehidupan selepas mati. Banyak exam, audit nak kena lepas. Yang payahnye, tak tau datenye bila. Tarikh sessi soal jawab dan audit tu takde orang bagi tahu. Oleh sebab tu, lebih lebih lagilah kita kena prepare. Kita kena prepare untuk kehidupan selepas mati LEBIH dari kehidupan sebelum mati.
“Carilah bahagianmu di akhirat, jangan lupa bahagianmu di dunia.”
“Beramal seperti kau akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya.” Dalam al-quran pun banyak mention pasal mati dulu, baru pasal hayat (hidup). Allah sengaja sebut MATI kat depan ayat, baru sebut pasal hidup. Mesti ada sebabnya. Nak suruh kita mendahului mengingati mati daripada ingat hidup. Mati sebagai seorang mukmin. Sungguh beruntung orang yang tau bila dia nak mati dan sedar serta kembali kepada Allah. At least orang yang tau dia nak mati..boleh bertaubat bersungguh sebab pintu taubat masih terbuka untuk dia.
Untuk selamat, setiap apa yang kita buat….mestilah ada kaitan dengan hari sesudah mati. Sudahkah kau ingat?

No comments:

Post a Comment