Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah.
Ia sangat
sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai.
Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib.
Kelajuan
perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati
atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati.
Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat.
Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia.
Ia juga
disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini
umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah.
Hati
manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima
perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak
bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya
di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu,
baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah,
itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh menjadi baik atau jahat apabila:
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah
riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan
sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu
akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu
baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka
jahatlah tindakan lahir manusia.
.
Hati itu raja, perlu dibajai dengan taqwa
Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia.
Akal
adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang
taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian
struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia.
Kita mesti
memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik
jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati.
Siapa
mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam
gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh
dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah:
“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.” (Asy – Syams: 9)
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.” (Al – Ala: 14 – 15)“Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy – Syuara: 88-89)
.
Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan
itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga,
kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang
kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun
mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri
yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan hati tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena,
makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak
ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang
diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk
memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri,
mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan
tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak
terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang
berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan
kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang
itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa
nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol.
Di tengah
ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa
atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung.
Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada
setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada
kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat
muka dapat dikesan.
Maka
seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka
bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan
susah hati.
Untuk
menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluarlah daripada menzalimi dan
memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa
kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah
ketidaktenangan akan hilang.
No comments:
Post a Comment