Sahabat semua, yang dikasihi Allah s.w.t, pabila hidayah tersulam dalam diri kita, maka syukurilah, kerana masih terlalu ramai saudara kita yang berada di luar sana yang masih tersimpang dan Allah telah memilih kita untuk kembali kepadaNya. Kenapa kita? Allah yang lebih tahu jawapannya. Anda pasti tersenyum saat anda menyedarinya, betapa nikmat hidayah itu besar bagi anda.
Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat
hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah
hidayah Allah dengan airmata bukan air liur semata. Jangan pernah
berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu
lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah
itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah
itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya.
Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Untunglah barangsiapa yang memilih akhirat sebagai tujuannya. merugilah barangsiapa yang memilih dunia sebagai hiburan baginya. Berilah ruang di hati kita untuk menerima petunjukNya. Dengan cara kita mendekatiNya..InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment