“Apabila kita ditegur dan dihina, ucaplah syukur dan terima kasih..”
Sudah lumrah alam dan azali manusia suka dipuji dan diberitahu perkara yang baik-baik sahaja. Jarang kita berasa senang dengan kritikan dan cacian. Automatiknya apabila kita dikritik dan dicaci, kita akan melenting dan mula mencari kesalahan yang mengkritik.
Jangan begitu saudara semua. Kemarahan itu sendiri adalah kelemahan. Ingatlah dan sentiasa beringat, kita bukan sedang menegakkan keadilan, tetapi kemarahan itu memakan diri sendiri. Di akhirnya baru kita sedari yang apa kita katakan atau lakukan berlandaskan kemarahan itu telah merosakkan sesuatu yang baik di dalam diri kita.
Cacian atau hinaan itu kan rahmat. Ke atau kita suka dipuji melangit.. Kalau dipuji melangit, kita mudah lupa.. Ya lupa. Seperti sebelum ini kan kita tidur. Kita bangkit kerana kita ditegur, dicaci dan dipersoalkan. Jadi mengapa marah.. Ucapkan jutaan terima kasih.
Tanpa mereka kita tidak akan mengkaji..
Tanpa mereka kita tidak akan memajukan diri..
Tanpa mereka kita tidak akan menyahut seruan Ilahi..
Jadi sebelum kita mengatakan sesuatu, atau dalam zaman ini lebih sesuai saya katakan sebelum menekan butang ‘enter’, fikir sejenak.. Adakah kata-kata kita itu memberi kebaikkan atau keburukkan kepada diri sendiri. Adakah dari pahala menjadi dosa..
Ingatlah semua, peperangan yang paling besar di akhir zaman ini ialah peperangan dengan nafsu yakni peperangan dengan diri sendiri.
Nak jadi umat Rasulullah dan mengikut sunnah baginda? Jadi perkara pertama ialah belajar menjaga sikap kita sendiri. Moga kita semua sentiasa berada pada landasan-Nya..
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
No comments:
Post a Comment