Sebelum kamu pulihkan balik hubungan kamu tu,kamu mesti cari punca keretakan hubangan kamu.Ini paling penting.Walaupun seringkali kamu bergaduh disebabkan hal-hal remeh sebagai contoh kamu terkentut ketika pakwe/makwe kamu sedang makan,atau sebagainya.Ia berkemungkinan besar boleh meninggalkan kesan yang dalam.
Bila kamu sudah dapat kenal pasti dekat mana yang tak kena pada hubungan tu,cepat-cepat buang benda tu jauh-jauh dan jangan ulangi lagi.Move on from there.
#7 Mengaku Kesalahan
Jika kamu ada melakukan kesilapan,contohnya terjawab panggilan bekas kekasih,seeloknya kamu mengaku saja.Kalau kamu sayangkan kekasih kamu tu,tak elok kamu terus berselindung dan biarkan dia terus berprasangka pada kamu.Bertanggungjawablah atas apa yang kamu lakukan.Jujur tu kunci utama dalam hubungan.Tak ada manusia dekat atas dunia ni gembira bila ditipu.Tambah-tambah lagi ditipu kekasih sendiri.
#6 Bagi Dia Ruang
Bagi dia ruang dan waktu untuk berfikir.Jangan hubungi dia setiap hari,sebab nanti dia akan rasa terganggu dan makin tertekan.Biar dia rileks dulu,kasi emosi stabil,baru kamu pujuk dia.
Tambahan pula,bila kamu berbuat demikian,nanti dia akan rindu juga dekat kamu.Biarkan dia rindu,then dia akan datang sendiri.Kalau jenis yang ego,susah sikit nak datang cari kita.Tapi dia akan kasi hint yang dia tengah rindukan kita.Itulah masanya kamu pergi kepada dia.
#5 Jangan Jadi Terdesak
Jangan merayu dekat dia,macam kamu tak ada harga diri pula.Jangan kerana cinta kamu letakkan maruah kami di kaki dia.Cinta cinta jugak.Maruah kena jaga beb !Jangan hubungi dia kerap sangat.Jangan stalk dia.Dan yang paling utama,jangan terdesak sangat nak dapatkan dia balik.Kamu cuma membuatkan hubungan kamu dan dia semakin jauh.
#4 Jangan Game Dia
Ramai yang guna cara ni untuk dapatkan balik kekasih mereka.Kononnya buat hubungan olok-olok dengan orang lain pasal nak suruh si kekasih yang merajuk atau bekas kekasih tu cemburu.Ini bukan jalan yang terbaik untuk perbaiki hubungan kamu.Malah makin merumitkan dan sangat kejam untuk menyakitkan hati dia macam tu.
#3 Jangan Cemburu
Jika kamu terserempak dengan dia bersama orang lain,atau kamu mendapat tahu dia ada hubungan dengan orang baru,jangan cemburu.Memang kita ni manusia biasa,aku yakin walau sebesar atom pun perasaan cemburu tu tetap akan wujudkan bila berdepan dengan situasi macam ni.Tapi jangan tunjukkan sangat kamu cemburu.
Kamu sudah berpisah,jadi kamu tak ada hak untuk cemburu.Hak cemburu sebagai bekas kekasih,itu mengarut namanya.Kamu nak tunjukkan kepada bekas kekasih kamu yang kamu masih care pasal dia?Realitinya dia hanya nampak kamu seperti orang gila sahaja.Walaupun kamu rasa tidak,itu yang dia boleh nampak.
#2 Sibukkan & Perbaiki Diri
Walaupun kamu bersedih dan rindukan bekas kekasih kamu,jangan biarkan diri kamu musnah begitu saja.Ramai yang berfikiran singkat dengan membunuh diri gara-gara cinta ni.Huh !Jangan kerana seorang manusia,kamu rosakkan diri sendiri.Dia tak rugi apa-apa pun.Apa kamu ingat lepas kamu bunuh diri,dia akan menangis menyesal,lepas tu hidupkan balik kamu dengan Dragon Ball?
Sayangi diri sendiri melebihi orang lain ! Juga penting untuk ingat balik bagaimana bekas kekasih boleh jatuh cinta kepada kamu,duduk sorang-sorang,fikir balik apa yang tak kena,apa yang kurang,bagi penganut Islam boleh amalkan zikir supaya lebih tenang.Lepas tu cuba improve kan diri.Nanti bila dia tengok kamu dah berubah,daripada nothing kepada something,tak mustahil dia akan gilakan balik dekat kamu.Waktu tu la kamu nak ragging dia.Tapi kamu kena ingat,kamu perbaiki diri bukan hanya kerana bekas kekasih kamu,kerana diri sendiri.Sibukkan diri dengan aktivit-aktivit berfaedah.Contohnya :
- Pergi gym.Daripada tubuh macam ikan buntal,then tiba-tiba jadi macam ikan duyung,bukan bekas kekasih saja yang terkejar-kejarkan kamu balik,tak kena buat vip pun ada yang tersangkut nanti.
- Beriadah di taman,tasik atau pandai.Sambil tenangkan fikiran manalah tahu kot-kot terjumpa orang lain yang lagi hebat dari bekas kekasih kamu.Kalau terperap dalam bilik mengenang kisah lalu,bila nak tamat kesedihan kamu tu.
- Buat hobi baru.Kumpul stem ke,kumpul besi buruk ke,bela kambing ke, atau blogging macam aku.
Selepas kamu beri dia ruang untuk bersendirian,dan secara tak sengaja kamu terserempak dengan dia.Katakan dia berjiran dengan kamu atau satu universiti dengan kamu.Bila situasi sebegini terjadi,cuba menjadi cool and steady.
Bercakap tu jangan dok usik pasal cinta leleh kamu tu.Try to keep the conversation light and civil.Tanya dia apa yang dia buat akhir-akhir ni,dalam kata lain,cuma buat perbualan biasa saja. Tapi jangan buat-buat sombong pula kalau kamu mahukan dia balik.Just catch him up.Dan semoga lepas tu dia akan sedar yang dia mahu menjadi sebahagian daripada hidup kamu balik.Bila semuanya sudah jernih dan tenang nanti,dia akan pulanglah ke pangkuan kamu.
Ingat pesanan aku ni,cinta-cinta juga jangan sampai kamu letakkan kekasih kamu tu lebih dari segalanya.Kekasih boleh dicari maruah diri sudah beb kalau dah hilang.Jangan sampai dia pandang rendah pada kamu bila kamu merayu gila khinzir dekat dia.Kalau dah jodoh tak ke mana,ke katil juga.Dan ingat cinta yang berenjinkan nafsu akan berakhir di bilik hotel,semak samun tapi cinta yang berpaksikan keihklasan insya-Allah akan berakhir di jinjang pelamin.Semoga tips yang aku kongsikan ni bermanfaat dan mohon maaf tersilap bahasa,itu cuma kesan khas sahaja.=D
No comments:
Post a Comment