Wednesday, 16 December 2015

Hadis

Jibrail

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda
Jibril telah datang kepadaku dalam (pakaian) hijau yang digantungi mutiara
SAHIH Riwayat Daraqutni dalam Al-Afraad dari Ibnu Mas'ud
Solat Malam
 
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda
Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: "Ya Muhammad, hiduplah sesukamu kerana sesungguhnya engkau (akan) mati, cintailah orang-orang yang engkau sukai kerana sesungguhnya engkau (akan) berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu kerana sesungguhnya engkau (akan) diberi balasan. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan orang mukmin adalah solatnya di waktu malam, dan keagungannya adalah ketidakperluannya kepada orang-orang (lain)"
Riwayat Assyirazi dalam Al-Alqab, Hakim dan Baihaqi dalam Syu'abul Iman dari Sahl bin Sa'd; riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman dari Jabir dab riwayat Abu Nu'aim dari Ali

Orang yang dibenci Allah

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda
"Orang yang dibenci Allah ada tiga: (1) orang yang melanggar kehormatan tanah haram, (2) orang yang mengharapkan kebiasaan jahiliah dalam Islam dan (3) orang yang menuntut darah tanpa hak untuk menumpahkan darahnya"
Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas

Lelaki Bengis

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda
"Lelaki yang paling dimurkai Allah adalah yang bengis yang suka bermusuhan"
Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Aisyah

Kemuliaan Illahi

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda
"Mulailah dengan apa yang dimulai oleh Allah"
Riwayat Daraquthni dari Jabir

Sedekah

Doa Orang Teraniaya

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas

Jauhilah Neraka

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Jauhilah neraka walaupun hanya dengan sebab sebelah kurma"

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa'i dari Adi bin Hatim

Sifat Aniaya dan Kikir

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Jauhilah sifat aniaya, kerana sesungguhnya aniaya itu kegelapan pada hari kiamat. Dan jauhilah sifat kikir, kerana kikir itu telah menghancurkan orang-orang yang sebelum kamu dan menyebabkan mereka menumpahkan darah sesama mereka dan menghalalkan keharaman-keharaman mereka."

Riwayat Ahmad, Bukhari dalam Al-Adab dan Muslim dari Jabir

Bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Bertaqwalah kamu kepada Allah Subhanahu Wata'ala, lakukanlah solat lima waktumu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dengan senang hatimu, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu"

Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim dari Abu Umamah

Hikmah tidak mempersekutukan Allah Subhanahu Wata'ala

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

Jibril telah datang kepada aku lalu berkata,"Sampaikanlah khabar gembira kepada umatmu, bahawa sesungguhnya sesiapa mati dengan tidak mempersekutukan Allah Subahanahu Wata'ala, maka dia masuk syurga." Aku bertanya, "Ya Jibril, sekalipun dia telah mencuri dan berzina?" Jibril menjawab, "Ya". Aku bertanya lagi, "Sekalipun dia telah mencuri dan berzina?. Jibril menjawab, "Ya". Aku bertanya lagi sekali, "Sekalipun dia telah mencuri dan telah berzina?" Jibril menjawab, "Ya, dan sekalipun ia telah minum arak"

Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Dzar

Kelebihan membina dan membersihkan Masjid

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Binalah masjid-masjid, dan keluarkanlah sampah-sampah daripadanya kerana sesiapa membina sebuah rumah ibadah bagi Allah Subhanahu Wata'ala, maka Allah Subhanahu Wata'ala membina baginya sebuah rumah di syurga, dan mengeluarkan sampah daripadanya adalah mas kahwinnya bidadari."

No comments:

Post a Comment