Thursday, 10 December 2015

KU MENUJU PADA-MU YA RABB..PIMPINLAH AKU

Rohana Saad's photo.

Mujahadah itu apa? Mujahadah tu kita sebagai manusia dan hambaNya, melakukan apa yang Allah perintah dan meninggalkan laranganNya. Kalau kita kalah tak apa, asalkan kita jangan mengalah sebab Allah menilai jatuh dan bangun kita dalam bermujahadah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jalan muhajadah itu tidak mudah tetapi sentiasa yakin Allah itu ada, dan Dia dekat.
Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. Bila tujuan seorang hamba menuju Allah, pasti akan di tunjukkanNya jalan menerusi Sunnah. Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Genggamlah Al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah.. Usah dipinta ‘kecilkan’ ujian, tapi ‘pintalah dibesarkan iman’.
Pejuangan ibarat tiram dilaut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara. Selamat berjuang sahabat. Perjalanan kita masih jauh.. Keyakinan pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan. Biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan melanda. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok adalah harapan, genggam jadi kejayaan.
Cakap yang berlebih-lebihan, memandang secara berlebih-lebihan, makan minum secara berlebih-lebihan dan bergaul secara berlebih-lebihan memang bahaya. Jadi semua tentu faham kenapa kita kena sederhana dalam setiap keadaan. Dan ingat, jangan bayak ketawa, tapi banyakkanlah menangis. Kerana apa? Kerana bila kita banyak ketawa, matilah hati. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dari perkara mungkar. Sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti ceramah-ceramah agama, banyakkan beribadah. InsyaAllah..kita akan rasa kelainannya. Sekarang dan sampai bila-bila pun, cinta kepada Allah kita patut dahulukan. Selepas itu barulah Rasulullah, agama, ilmu, ibu bapa dan lain-lain.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Sungguh penyayang Allah itu, Dia memberikan hidayah pada orang yang selayaknya menerima dan bersedia menerima.Terimalah, bersedialah menerima hidayah Allah itu sahabat2ku. Jangan bertangguh bila hati ingin membuat kebaikan, jangan kata nanti tapi sahutlah, ambiklah teruskan. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia.

No comments:

Post a Comment