TIAP2 HARI UPDATE RASA TAK PUAS HATI, SAKIT HATI, KECIK HATI.. ORANG YANG BACA TAU KITA NI ORANG JENIS MACAM MANA
Islam melarang kita membuka pekung di dada. Melarang kita membuka aib diri sendiri tapi realitinya memang terjadi zaman internet dan teknologi ni lagilah. Buka sahaja blog, facebook, blog semua ada, kadang status sedih kecewa melebihi status yang membina jiwa. Sedih dan kecewa dengan pasangan usahlah diluahkan di media sosial. Luahkan terus kepada pasangan ataupun kepada Allah...
Jika kita luahkan kat facebook, twitter atau blog, kita dah membuka aib
kita dan juga aib pasangan kita sendiri. Nak luahkan, hanya kepada
orang yang berhak sahaja...contohnya kalau ada masalah suami isteri
mengadu kat pihak kaunseling... itu takpe.. ni yang jenis, mengadu kat
facebook dan twitter serta blog yang banyaknya padahal laman-laman
sosial ni tak mampu nak tolong kita pun sebenarnya.
Janganlah buka aib kita sendiri..dosa-dosa kita mohon ampun dari Allah, dan teruskan biarlah ianya tersembunyi jadi kenangan.. Tak usah didedahkan dan diceritakan. Allah dah tutup aib, dosa dan kesilapan kita tapi kadang-kadang kita sendiri yang membuka aib kita sendiri. Renungkanlah... Dosa dan pahala tak usahlah diceritakan kepada orang lain... biarlah Allah yang tentukan...

No comments:
Post a Comment