Kuliah Untuk Imam Hadhari Bah : 4
Aku siarkan disini beberapa petikan
artikel dari beberapa sumber untuk kita sama sama renungkan sebagai
pengajaran kepada kita semua termasuk diri aku sendiri megenai DOA ORANG ORANG YANG DIZALIMI.Semoga
apa yang dipaparkan dapat memberi manafaat kepada kita semua dalam
menjalani kehidupan seharian dan mengelak kita dari berlaku zalim
terhadap sesama manusia.Artikel ini aku tuju khas kepada para pemimpin
kita terutama macam Pak Lah yang dah terbukti MENZALIMI rakyat nya.
Artikel Pertama
Ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”
WANITA TUA YANG LEMAH DIZALIMI PEMIMPIN
Al-Tanukhi berkata : Terdapat seorang menteri di Baghdad yang berlaku zalim terhadap seorang wanita tua yang lemah. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu diambil. Wanita itu dengan berani mengadu kepada menteri tersebut sambil menangis dan memprotes kekejaman menteri itu. Menteri itu sama sekali tidak menyedari kezalimannya terhadap wanita itu.
Wanita itu berkata : “Walaupun engkau tidak menyedarinya, aku tetap akan berdoa kepada Allah agar kecelakaan akan menimpa kamu”. Menteri itu ketawa terkekeh-kekeh sambil mengejek dengan katanya : “Berdoalah satu pertiga akhir malam”. Wanita itu bangun pada satu pertiga akhir malam dan dia berdoa secara berterusan.
Tidak berapa lama kemudian, menteri itu dipecat dan seluruh hartanya
disita. Dia diikat di tengah pasar dan dirotan sebagai hukuman takzir
terhadap kezalimannya selama ini terhadap rakyat jelata. Wanita tua itu
lalu didepannya untuk melihat siapa yang diikat, dia berkata : “Engkau benar. Engkau telah mencadangkan aku agar berdoa satu pertiga akhir malam dan sekarang terbukti ia waktu paling baik”.
AKIBAT PEMIMPIN LALAI DOA ORANG DIZALIMI
Di dalam kitab Siyarul ‘Alam an Nubala terdapat kisah seorang anak dari Yahya al Barmaki berkata pada saat setelah berkuasa kita menjadi seperti ini ? Yahya al Barmaki menjawab,
” Wahai anakku, kita telah lalai pada doa orang yang teraniaya, namun
Allah tidak pernah lalai dan lupa terhadap doa orang yang teraniaya.”
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca ” Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha “. Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.
ATAU …….
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita ” Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. “Juga mujarab.
ATAU …..
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Artikel Kedua
ALLAh telah menjanjikan, bahawa doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.
Dan doa itu, ALLAh akan makbulkan dengan pelbagai cara sesuai dengan apa yang manusia perlukan. Doa yang ALLAh makbulkan dengan cara yang hebat adalah doa dari hamba-Nya yang hebat.
ALLAh memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?
1. Doa ibu bapa kepada anak-anak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga doa yang pasti dimakbulkan ALLAh, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)
2. Doa anak yang soleh yang mentaati kedua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda tentang Uwais bin ‘Amir,
“Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti ALLAh SWT akan memakbulkan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan. ALLAh berfirman yang bermaksud,
“Atau siapakah yang
memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya,
dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang
tuhan yang lain bersama-sama ALLAh? Amat sedikit antara kamu yang
mengingati (nikmat ALLAh itu).” (Surah al-Naml : 62)
Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” (Riwayat Bukhari)
4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat
itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiada seorang Muslim pun yang
berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata
kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’”
(Riwayat Muslim)
5. Doa orang yang sedang musafir
6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.
6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.
Komen APA
Kepada para pemimpin yang diberi Allah swt amanah untuk memimpin
negara ini jangan mudah lupa dan alpa dengan kemewahan dunia hingga
MENZALIMI rakyat sendiri.Jangan ingat KUASA SEMENTARA yang dianugerah
Allah swt kepada korang melayakan anda semua menjadi TUHAN DUNIA.
Bila tiba masanya Allah swt mengabulkan doa ORANG YANG TERANIAYA DAN DIZALIMI dan menarik kembali KUASA yang diberi maka akan HINA lah hidup korang sementara menunggu mati.Lihat sahaja didepan mata para pemimpin yang telah hilang KUASA dan kini hidup penuh KEHINAAN…Anwar Ibrahim,Dollah Badawi,Isa Samad,Khir Toyo,Rahim Thamby Chik adalah sebahagian dari ramai pemimpin yang dah melalui pengalaman ini didunia dan pasti akan melaluinya lagi di akhirat kelak.
Sejarah pernah merekodkan Raja Namrud mati dan hilang kuasa bila Allah swt menghantar hanya NYAMUK untuk menghentikan kekuasaan nya terhadap rakyat.Budak penjual buah pernah menjatuhkan kerajaan Tunisia baru baru ini.Kerajaan megah Mesir pimpinan Hosni Mubarak dijatuhkan hanya oleh seorang gadis Facebooker.Begitu juga apa yang berlaku terhadap Gadaffi di Libya,Saddam Hussien di Iraq,Taliban di Afghanistan dan Yemen menanti jatuh nya sahaja.
Contoh contoh diatas adalah BUKTI walau betapa kuat sesuatu kerajaan jika mereka menzalimi rakyat pastinya HUKUM ALLAH swt datang menjenguk.Negara kita tidak terkecuali bila Pak Lah menjadi Perdana Menteri pertama yang didesak rakyat untuk mengosongkan kerusinya atas kezaliman dia yang berbagai.Doa dari anak anak yatim dan orang yang dizalimi Pak Lah pasti memainkan peranan dan ianya tidak terhenti disitu sahaja kerana Pak Lah wajib mati dalam KEHINAAN.
Kini Najib memikul tanggung jawap apa yang tidak dilakukan oleh Pak Lah bila berkesempatan.”Taik dan Najis” Pak Lah kini menjadi milik dan tanggung jawap Najib sebagai pemegang obor.Suka aku mengingatkan Tuan Perdana Menteri….JANGAN DIPERKECILKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI kerana kelak apa yang berlaku kepada Pak Lah akan berlaku kepada Tuan Perdana Menteri.
”
Ya Allah. Mereka ini Dollah,Najib dan Umno zalim pada aku. Aku mohon
balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari
kesusahan ini. “
No comments:
Post a Comment