Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”
Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.
Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam:
“Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.
Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.
Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? “.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.
Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud:
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
KEMATIAN SEBENARNYA
TIDAK MENYAKITKAN?
11:13:00 PG No comments
Bila disebut kematian, serta merta hati manusia akan dilanda kegerunan.
Mengingatkan kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Sebab itulah,
Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang-orang mukmin agar mengingati mati
sekurang-kurangnya 20 kali sehari, agar dapat mengendurkan nafsu
kenikmatan dunia.
Bagi masyarakat moden hari ini, media massa menyiarkan berita-berita
kematian setiap hari. Kematian akibat bunuh diri dan kemalangan, sering
kali terpampang di dada-dada akhbar, membuatkan pembaca menjadi risau
dan ngeri.
Apabila membayangkan kematian yang bakal datang menjemput, jiwa yang
segagah mana pun akan jadi kecut. Manusia sehebat mana sekalipun, tidak
dapat menolak undangan maut sekiranya ajal sudah dapat menjemput.
Sering kali manusia menggambarkan bahawa kematian itu akan datang dengan
kesakitan. Apatah lagi apabila melihat gambar-gambar mangsa kemalangan
yang sering dipaparkan oleh media massa yang begitu mengerikan.
Tetapi benarkah mati itu sakit? Bagaimana sekiranya ada pendapat yang
mengatakan bahawa mati itu tidak menyakitkan. Bagaimana sekiranya
kematian itu yang sering digambarkan sebagai kesakitan, sebenarnya
adalah satu kenikmatan?
Bekas pensyarah Pengajian Islam di Universiti Teknologi Malaysia,
Profesor Madya Dr. Musa Fathullah melalui bukunya Perjalanan Rabbani,
membawakan beberapa pendapat ulama yang diperkuatkan dengan dalil AL
Quran yang menyatakan bahawa kematian itu tidak menyakitkan.
Beliau membawa dalil AL Quran, hadis serta pendapat beberapa orang ulama
silam antaranya Hassan bin Ali AL Saqqaf AL Qurasyi, yang mengatakan
bahawa kematian itu tidaklah menyakitkan seperti mana yang melekat di
pemikiran umat Islam sehingga hari ini.
Bahkan beliau menyatakan bahawa ada sesetengah hadis popular yang
meriwayatkan mengenai sakit mati itu adalah daif dan ada sesetengahnya
pula adalah palsu.
Menurut beliau, hadis-hadis yang menggambarkan kesengsaraan atau azab
yang luar biasa sakitnya yang dihadapi oleh orang yang beriman adalah
daif, batil dan palsu serta bercanggah dengan firman Allah s.w.t. di
dalam AL Quran.
Dalam surah AL Zumar ayat 42 yang bermaksud :
“Allah mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya-jiwa orang
yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang tidak mati dalam masa
tidurnya ; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan
melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya
yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk
memahaminya)”
Menurut pendapat Hasan Bin Ali AL Saqqaf al Qurasyi, melalui kitabnya
mengatakan bahawa ayat tersebut menjelaskan bahawa tidur juga adalah
satu jenis kematian. Ini bermakna Allah s.w.t. memegang jiwa manusia
yang belum mati ketika waktu tidurnya.
Ini bermakna sekiranya kematian itu kesakitan, maka manusia akan
merasakan sakit ketika mahu terlelap kerana tidur itu juga adalah salah
satu jenis kematian yang mengandungi kewafatan di dalamnya.
Menurutnya lagi, sakratul maut adalah sama seperti ketika datangnya
mengantuk untuk tidur. Cuma perbezaan antara tidur dan mati ialah ketika
orang yang mati, rohnya secara keseluruhan akan berpindah ke alam
barzakh.
Manakala manusia yang tidur pula, rohnya tidak dapat mengingati apa yang
dilihatnya ketika tidur kerana rohnya akan dikembalikan semula oleh
Allah s.w.t. kepada jasadnya.
Dalam surah AL Nahl ayat 32, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa roh-roh
orang yang beriman akan sambut oleh para malaikat dengan ucapan selamat
sejahtera. Maksudnya :-
“Mereka yang diambil nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan mereka
bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat) sambil para malaikat itu
berkata kepada mereka, Selamat sejahtera kepadamu ; masuklah ke dalam
Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan,”
Kebanyakan daripada cerita serta nasihat yang disampaikan selama ini
mendakwa bahawa kematian itu mengundangkan sakit yang amat sangat dan
menurut beberapa hadis, umpama sakitnya mati itu seperti dipenggal leher
dengan pedang sebanyak seribu kali.
Bagaimanapun kesemua hadis-hadis tersebut adalah daif, batil dan tidak
boleh digunakan sebagai hujah. Ini memandangkan riwayat daripada
hadis-hadis tersebut bercanggah dengan AL Quran bahkan turut bercanggah
dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim daripada
Abu Hurairah yang bermaksud :
“Dan jadikanlah mati itu sebagai kerehatan bagiku daripada segala
keburukan”
Hassan Bin Ali Al Saqqaf di dalam kitabnya membawa sebanyak 14 hadis
yang di kategori sebagai hadis yang tidak sahih. Sebahagiannya adalah
hadis-hadis daif, batil dan ada yang palsu yang dikutip daripada
kitab-kitab lama dan cerita-cerita yang mempunyai unsur Israeliyat.
Antara hadis-hadis tersebut ialah :-
“Kematian yang paling ringan seperti tumbuh-tumbuhan berduri yang ada di
dalam bulu (wool). Apakah tumbuh-tumbuhan itu boleh dibawa keluar dari
bulu (wool) tersebut tanpa membawa bersamanya sebarang bulu (wool)?”
Menurut Al Hafiz Al Iraqi dalam takhrij Ihya Ulum al Din mengatakan
bahawa hadis tersebut adalah hadis mursal (daif) dan di dalam kitab
Zidayat al Jami’ al Saghir mengatakan bahawa ia sangat daif. Manakala Al
Subky pula dalam kitab Tabaqat al Sayfi’yah mengatakan bahawa beliau
tidak menjumpai sanad bagi hadis tersebut.
Antara lain hadis yang dianggap palsu bermaksud :
“Sekurang-kurangnya tarikan maut adalah seperti seratus kali dipenggal
dengan pedang”
Hadis yang popular di kalangan umat Islam ini juga menurut Al Iraqi
dalam takhrij al Ihya adalah hadis yang daif serta tidak dapat digunakan
sebagai hujah.
Manakala sebuah lagi hadis yang membawa maksud :
“Maut (yakni sakitnya) sebagai penebus dosa bagi setiap Muslim”
Hadis ini termasuk salah satu hadis palsu yang dimuatkan dalam kitab AL
Mawdu’at(hadis-hadis palsu) yang dikarang oleh Ibn Jawzi dan turut di
senaraikan di dalam kita Al La’aali al Masnu’ah fi Al Ahadist al
Mawdu’ah.
Hadis-hadis tersebut adalah di antara beberapa hadis yang dikategorikan
sebagai hadis daif dan palsu. Hassan al Saqqaf menjelaskan bahawa
sakratulmaut tidak bermaksud azab atau kesakitan. Sakratulmaut
menurutnya ialah tersingkapnya alam barzakh bagi roh sebelum ia berpisah
daripada jasadnya.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah Qaaf ayat 22 yang
bermaksud :-
“Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupimu sehingga
penglihatanmu pada hari itu menjadi tajam,”
Al Sakrat berasal daripada perkataan al sukr, yang membawa makna keadaan
yang mendatang kepada manusia berkenaan dengan akalnya, sama ada hilang
atau lemah akalnya. Al sukr bukanlah sama maksudnya dengan al alam
(perasaan sakit) dan ini dipersetujui oleh semua pihak.
Maksud al sakran pula ialah keadaan seseorang yang telah hilang
perasaannya.
Al Sakrat menurutnya adalah keadaan yang tidak sedarkan diri yang
disaksikan oleh sebahagian orang yang menghadapi mati. Tetapi ia tidak
berlaku terhadap semua orang. Ini disebabkan cara kematian itu yang
berbeza seperti mati dalam tidur, mati mengejut, mati akibat letupan dan
sebagainya.
Dalam surah Qaaf ayat 19 yang bermaksud :
“Dan datanglah sakrat al maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu
sentiasa lari daripadanya,”
Dijelaskannya maksud ayat tersebut ialah apakah seseorang itu termasuk
dalam golongan yang bahagia atau termasuk dalam golongan yang celaka.
Khabar gembira atau duka ini akan disampaikan oleh para malaikat kepada
setiap hamba Allah s.w.t. yang sedang menghadapi kematian.
Sekiranya insan itu seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh, maka
malaikat akan memberitakan rahmat serta ampunan daripada Allah s.w.t.
untuk mereka. Dalam surah al Fajr ayat 27 hingga 30, Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud :
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas
lagi diredai, maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah
ke dalam Syurga-Ku”
Manakala bagi orang-orang kafir serta golongan yang mendustakan ayat
Allah s.w.t., maka para malaikat akan memukul serta menyeksa mereka. Ini
berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 50-51 yang
bermaksud :
“Kalaulah engkau melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang
yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata :
Rasakan olehmu seksa neraka yang membakar. Yang demikian itu disebabkan
oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak
menzalimi hamba-Nya”
Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad ayat 27 yang
bermaksud :-
“Maka bagaimanakah (keadaan mereka) apabila para malaikat mencabut nyawa
mereka sambil memukul muka dan belakang mereka. Yang demikian itu
adalah dengan sebab mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan
Allah dan (dengan sebab) mereka membenci (apa yang menimbulkan)
keredaan-Nya. Oleh sebab itu Allah menghapuskan (pahala) segala amalan
mereka.”
Menurutnya lagi, terdapat sebahagian hadis mengenai sakratul maut yang
diriwayatkan dalam kitab seperti Imam Tarmizi, Imam Bukhari, Muslim dan
Ahmad yang dikategorikan dalam golongan hadis-hadis daif.
Hassan al Saqqaf juga mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada
penjelasan al Quran mengenai keadaan orang-orang mukmin dan kafir dalam
permasalahan ini. Dan jangan sekali-kali berpegang kepada hadis-hadis
daif, batil apatah lagi yang palsu.
Berdasarkan dalil yang tersebut, gambaran yang mengerikan mengenai maut
dan kesakitan yang dikatakan sangat luar biasa ketika menghadapi maut
oleh orang-orang beriman, baik ketika menghadapinya dan selepasnya,
ternyata membunuh roh atau semangat jihad.
Bahkan keyakinan bahawa maut itu menyakitkan telah berjaya menyuburkan
perasaan takut mati sekali gus menumbuhkan benih-benih cinta kepada
dunia di dalam hati-hati orang yang beriman.
Sedangkan para sahabat dahulu terkenal sebagai manusia yang mencintai
mati lebih daripada kehidupan di dunia. Ini disebabkan mati itu adalah
sebagai pintu atau jambatan untuk mereka merasakan kenikmatan berehat
daripada segala kesengsaraan dan dosa ketika di dunia.
Apa yang lebih penting lagi ialah orang-orang yang beriman dapat
merealisasikan impian terbesar mereka, iaitu bertemu dengan Allah
Azzawajalla serta berhimpun dengan orang-orang yang beriman, soleh serta
para sahabat dan Rasulullah s.a.w. yang telah mendahului mereka.
Dan ternyata, golongan yang mencintai mati lebih daripada kehidupan
dunia seperti mana teladan yang ditunjukkan oleh para Rasul serta
sahabat dulu, akhirnya membuatkan mereka mendapat kurniaan Allah dengan
memberikan sepertiga kekuasaan dunia dalam genggaman orang-orang mukmin
satu ketika dulu.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments:
Post a Comment