Dalam hidup ini terlalu banyak yang perlu ditempuh, itu namanya sunnatullah. Allah dah agendakan hidup manusia ini dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ujian. Kesenangan itu satu ujian.. Kesusahan itu satu ujian.. Kejayaan itu pun satu ujian dan kegagalan juga satu ujian .Semua yang berlaku pada manusia itu satu ujian. Analoginya, bila kita menghadapi peperiksaan, kita akan bersungguh-sungguh menelaah pelajaran dan akhirnya memperoleh kejayaan..Kejayaan yang yang diperoleh itu satu ujian buat kita kerana di situ penilaian Allah SWT. Bersyukur atau tidak atas segala nikmatNya atau kejayaan itu bersandarkan diri mereka sendiri..
Hakikatnya, yang memberi kejayaan mahupun kegagalan adalah Allah SWT.
Setiap usaha ke arah kejayaan itu hanyalah sebab musabab kepada
kejayaan. Terkadang kita lupa akan hakikat ini sehingga menganggap
kitalah yang pemberi kejayaan..kitalah punca kejayaan.. .
Allah Ya Bari' yang telah mengatur, menjadualkan, mengagendakan hidup manusia..Oleh sebab itu, sentiasa memohon supaya apa yang dilakukan, dipertuturkan oleh anggota dan lidah kita adalah seperti yang telah diagendakan olehNya melalui petunjuk Ya Hadi..( Yang Maha Memberi Petunjuk). Kerana segala sandaran hanya kepada Dia. Sama-sama kita didik hati kita supaya yakin, redha dengan ketentuan Tuhan..
Firman Allah SWT : " Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan yang benar" ( Al-Isra-72)
"Pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih..(Qalbun Salim)" Asy-Syua'ara':88-89
Hidup kita ada titik mula, ada titik akhirnya.. Ibarat satu garis lurus.. tiada siapa yang tahu bila garisan itu akan berakhir kerna tiada siapa yang tahu bilakah saatnya bertemu Rabbnya.. Berdoalah semoga, saat Allah menjemput kita, kita dalam keadaan terus berusaha untuk dekat dengan Allah, cinta pada Allah, taat pada Allah, beriman pada Allah dengan sepenuh kecintaan hanya padaNya.

No comments:
Post a Comment