SAKA
dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu
menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki
kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka
adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau
cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang
dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela,dibuatsatsecarasedar atau tidak oleh pemiliknya.Gejala saka amat berbahaya dan mampu
merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan
keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai
ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya.
Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek
kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan
keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang
mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit
sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki
saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan.
Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu
amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat
kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya
pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling
sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara
tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si
mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap
manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka.
Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan
kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi
itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan
timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia
itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah
pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat
kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan
mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila
pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih
enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang
dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja
dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima,
berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan
mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran
dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam
Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang
dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat
kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui
perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia
sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama
ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang
pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka
berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama
dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,”
katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin
terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari
badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu
tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan,
jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya.
Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris
baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris
seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka
berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah
bersama si mati.
Petanda seseorang mempunyai saka :
-Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga :
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga :
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi
sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya,
sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka
yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan
serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah
berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga
jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis
yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis
jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu
keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki
saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh
jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah
menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi
yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir,
membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika
mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah
Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali
melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,”
katanya.
- (Harian Islam)
No comments:
Post a Comment