Tuesday, 29 December 2015

Jangan Lupa Untuk Bersyukur


BERADA DI ATAS TAK SEMESTINYA AMPUH.. KADANGKALA TERSUNGKUR JATUH. BERADA DI BAWAH TAK SEMESTINYA DI HINA, KADANGKALA ITULAH TIKET KE SYURGA.
Kita tahu betapa sakitnya rasa, bila kita jatuh dan tersungkur lesu. Lebih parah bila kita rasa kita tidak mampu lagi bangun, untuk kali yang seterusnya. Kita akan termenung, menarik selimut dan hanya memejamkan mata, terpaku dan terkedu, dan kadang kala menepuk pipi, untuk keluar dari mimpi, dan selepas beberapa tamparan yang membuatkan pipi kita merah, baru kita sedar yang rupanya kita menghadapi realiti bukan mimpi.
Saat-saat jatuh, biasanya saat-saat dimana kita akan merasakan kekosongan dalam diri. Ibarat sesuatu ditarik dari badan, dan sakitnya itu, kita sahaja yang rasa. Kita boleh saja berkongsi dengan orang lain, tapi tetap sakitnya itu, kita saja yang rasa. Saat-saat jatuh, ialah saat-saat yang sebenarnya membuktikan , tuhan sayang pada kita. Di benak kecil hati ini, akan terpacul satu tarikan yang akan sayup-sayup bersuara.. "wahai hati, carilah kembali tuhan, kau jauh sangat dari dia, bagaimana mampu kau berlagak kuat disaat kuat itu empunya si tuhan?"
Saat-saat jatuh, ialah saat-saat sukar, tapi sukar itu tidak lama, percayalah.
percayalah wahai hati... percayalah. Hampuskan airmatamu. Redha dengan apa yang berlaku. Redha itu terletak pada hati. Bergantung pada kekuatan iman. Bersandar pada keyakinan pada janji-janji Allah. Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa. Redha itu, bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dengan Allah.
Putaran kehidupan adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Namun beringatlah, berada di atas tidak semestinya ampuh.. kadangkala boleh tersungkur jatuh. Berada di bawah pula tidak semestinya di hina, kadangkala itulah tiket untuk ke syurga. Terima kasih pada yang selalu ada, waktu waktu jatuh, dan susah.

No comments:

Post a Comment