SEDIA BERIBADAT SEBELUM MENJADI MAYAT
Mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat di tengah malam.
Disebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai
juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan
iman. Malam adalah waktu yg ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.
Malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan. Malam adalah waktu yang
untuk dapat meningkatkan kualiti iman. Malam adalah waktu yang
tersembunyi disebalik waktu sepertiga malam. Malam adalah waktu yang
penuh dengan hikmah dan memohon keampunan yang diberikan Allah pada
waktu malam khusus bagi umat islam.
Kelahiran adalah SATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT DIPINTA. Manakala kematian. SATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT DITUNDA. Janganlah kita tunda kebaikkan sampai esok hari. Kerana.. BELUM TENTU UMUR KITA MASIH KEKAL SAMPAI ESOK. Sedia bertaubat sebelum terlewat. Sedia beribadat sebelum menjadi mayat

No comments:
Post a Comment