Rohana SaadFollow
BIARLAH MISKIN KERANA MEMBAYAR HUTANG...
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MATI DALAM BERHUTANG.
Hutang umpama lemak dan kolesterol. Ada yang baik dan ada yang buruk. Jika bijak menguruskan kita akan memperoleh hidup yang tenang. Jika sebaliknya, kita akan memperoleh hidup yang merana. Hutang wajib di bayar walaupun TIDAK di tuntut. Walaupun anda akan menjadi MISKIN dengan membayar hutang adalah lebih baik daripada MATI dalam berhutang. Ingat mengingati sesama kita moga hidup di rahmati dan di berkati.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar
hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan
menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu
kezaliman. Rasulullah SAW bersabda: “Penundaan hutang bagi mereka yang
mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari – 41/585)
Menurut rasulullah SAW, orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah SAW dalam sabdanya: “Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: “Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya.”

No comments:
Post a Comment