AJARI AKU YA RABB...
Ya Rabb ..Ajari kami tersenyum meski bahu terasa berat memikul beban. Ajari kami untuk tidak mengeluh walau tubuh bersimbah peluh. Ajari kami berlapang dada meski banyak hal menyesakkan jiwa. Ajari kami untuk tetap rendah hati kerana Engkau Yang Maha Tinggi. Ajari kami berterima kasih pada orang yang telah melukai hati, kerana dia telah mendidik kami untuk lebih berhati-hati.. Ajari kami berterima kasih pada orang yang telah membohongi, kerana dia telah membuat kami memahami bagaimana indahnya sikap jujur..
Ajari kami berterima kasih pada orang yang telah membenci, kerana dia
telah membuat kami memahami bagaimana nikmatnya dicintai. Ajari kami
berterima kasih pada orang yang telah menyayangi, kerana itulah
'anugerah terindah' dalam hidup kami. Ajari kami memahami hikmah yang
tersembunyi, kerana di sana tersimpan kebahagiaan hakiki yang menanti.
Ajari kami untuk bersabar kerana janji-Mu adalah benar..Ya Rabb kabulkan
apa yang menjadi cita-cita kami,agar harapan bukan sekadar mimpi..
Aamiin
No comments:
Post a Comment