28/12/2015 2.25pm..
Lamer betol rasernyer tak tulis blog nikan...
Hihihihi...
Aku stress..mls nak taip..
Ni kira ade mood skit...
Byk yang berlaku dalam seminggu dua ni..
Mcm biaser ler pompuan mulut paling puaka didunia ni..
Sape lagi kalu bukan 'Nor' A.K.A Saiko giler...
Tapi citer pertama yang paling best kan...
Tuler kan Allah tu maha Adil dan Saksama kan...
Allah satukan..
Hari Jumaat arituh..Anniversarry diorang ler...
Actually aku tak kisah langsung...
Tipuler kalu aku tak cemburu..walau skit msty ade..
Tapi aku phm dan aku happy biler boipren aku happy ngn family dier..
Tapi yang aku sakit aty tu siap pos kat whatapps...Wall paper...
Ckp 6th anniverssary..Tujuannya adalah untuk menyakitkan aty aku ni dan juga buatkan kitaorang gadoh...
Aku bengang gak ar kan..
Tu ler aku pun meroyan gak ar kan...hihihi..sikit jer...
Pastuh malam tu aku stress dan aku call ibu pastuh ibu ajak aku keluar jalan jalan..lepak..hihihi..
So kitaorang pun balik....Pastuh semalam aku baru dapat tau..hihih
Adeler orang citer ngn aku kan...namanyer rahsia..hihihih...
Kononnya nak pg ict kan...
Pastuh biler smpai kat sane..takleh turun...
Hujan selebat lebatnyer...Pastuh tak puas aty..
Ajak lagi pergi lepak kat dataran kl..hihihi..pastuh kat situ ade buat ape ntah...
So jln tutup ler kan...takleh nak masuk...hihihih...
So pastuh boipren aku ni nak jager gak ar kan aty bini dier (Pompuan Mulut Puaka aka Nor)..
Bawak ler pg dataran kajang ni...tapi biler smpai takde parking lak...
Pastuh lebih malang anak anak tido..hihihi...so boipren aku ckp balik sajaaa...hihihihi..
Pastuh sampai umah cam tak puas aty...sakit aty..Nak sakit aty ngn saper?? Allah?? Allah kan turunkan Hujan...Hujan tu kan rahmat Allah...
Tuler nak sakitkan aty aku..balik balik dier lak sakit aty..hihihi...
Cerita yang kedua....
Semalam (27/12/2015) Baru jer berlaku...
Aku call eric tak dapat...
Rupernyer dier kat umah...Pahamlah kan..
Pastuh biler dier keluar dier call aku balik....
So bini dier pon call eric...
Pastuh tak dpt ler..engange...
Pastuh dier try call aku..engange jugak...
So dia tauler kitaorang bergayutkan...
Pastuh dier call eric aku tau punya mesty maki maki...
Cian eric..
Pastuh dier call aku...
Aku angkat...dier senyap jer..
Pastuh aku yang bersuara...Ha nor nak aper nor..
Pastuh dier ckp asal call laki aku??
Kepala bapak kolah...
Then letak phone...
Dah tu muler ler msg berduyun duyun masuk...
Dengan panggilan jalang, pelacur, perempuan murah,x tau malu, bapak tak ajar, semua keluar...
Aku terasa...sakit sangat...
Tapi dlm mase tu pun aku ade gak balaskan...first aku ingat nak wat senyap jer...
Tapi eee..takleh jadi...byk cantik ko nak sakitkan aty aku jer...
Aku pun cakap gini kan...hihihihi..
Tapi kesiankan Anniverssary tak jadi...hihihih..
Pastuh dier lagilah mengamok...
Hihihihi..jahatkan aku..msty sakit giler aty dier...
Pastuh dier ugut aku...Ko tunggu ler nasib ko...
hihihih...Dier ingat dier tu sape nak tentukan nasib orang...dier ingat dier ade kuaser ker...
Allah yang berkuasa ler...
Pastuh siap ckp nak fitnah aku macam mcam...
Habis semua rakan kerja aku dier add dlm fb..pastuh call n massage head aku....
Pastuh call buat fitnah, kutuk aku dengan budak budak opis eric ngn budak budak opis aku..
Aku ckp gak kat eric aku nak benty keje...
Tapi eric tak bagi....hihihihi...
Tapi sakit gak...aku datang opis pon tunduk jer...sbb malu...dengan fitnah...
Tapi InsyaAllah..
Aku kuat..
Allah sedang uji aku..Allah takkan uji seseorang itu melainkan hambanya itu boleh tanggung...
Allah maha Adil...Aku tahu tu dan aku yakin dengan Allah...
Aku ingat lagi pesan kawan aku..Dier ckp takpe na Allah tu satu...
Yes...aku raser aku kuat...Insyaallah..
Aku selalu berdoa supaya Allah lindungi aku dari sebarang fitnah dan kecelakaan...
Dua ari lepas aku ngn mak aku ader buat solat tahajjud...
Lepas dari tu mak aku ader mimpi dier..
Dok ngah berendam dlm lumpur...
Dipenuhi dengan ranting ranting dan mater dier pandang mak aku..
Mcm mintak tolong mak aku cakap...
Walhal mak aku tak penah jumper dier..
Tuler yang pelik...tu...
Skarang ni tugas aku hanya berdoa dan tawakal...
Aku mohon pelindung dari Nya sahaja...
Amin....
Bahana fitnah
Islam itu cukup indah apabila di
perhalusi inti-inti islam itu sendiri. Cukup unit dan cukup sempurna
kerana Allah telah berjanji yang Islam itu adalah agama yang paling di
redo’i Allah.
Tidak dapat tidak,dengan Islam lah
yang mampu menyempurnakan kehidupan. Hati yang terbeban dengan kesedihan
apabila di balut dengan Islam akan lembut dan ringan dengan ketenangan.
Bengitu juga dengan kehidupan yang penuh dengan keserabukan akan indah
hanya dengan susur ikutan Islam yang lengkap dan indah.
Tetapi di sebalik Wahyu-wahyu Allah
dan kitab-kitab Allah yang telah tersusun masih lagi manusia lupa untuk
berwahyu. Masih ada hati yang kotor dengan kerak dendam dan hati yang
hasad dari berhusnu zon(bersangka baik) . Fitnah menjadi bahana dan
barah pada kehidupan umat-umat Islam sendiri.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat
bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap
dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap
berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur
fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya.
Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi
memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai
orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali
perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Hakikatnya, dosa membuat fitnah
menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering
kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar
fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar
fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Imam Ghazali dalam buku Ihya
Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan
menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu
diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan
fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan
tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda
meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang
tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya
berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah
bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang
benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara
yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”
(Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai
sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan
sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi
perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber
berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian
orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah
menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu
Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan
ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi
penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman
pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan
kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan
Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati
ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
No comments:
Post a Comment