Wednesday, 2 December 2015

Cara Mengenali Orang Busuk Hati

hati busuk

Cara Mengenali Orang Busuk Hati…Entri ini melibatkan soal hati dan perasaan.Cara penulisan agak rumit dan bermain pula dengan perasaan.Lagi la pening nak faham kan..Oleh itu teruskan pembacaan.Semoga iannya bermanfaat.Jika tak banyak sikit-sikit pun jadilah.Sebab HB guna penulisan ini dengan hati yang bersih,suci dan mekar.

HB tak nak cerita tentang hadis takut tersalah sebar dan tafsir maka dosa itu terpalit selagi entri ini menjadi bacaan sesetiap orang.Adalah elok HB katakan dalam diri manusia ada ‘sesuatu’.Jika ia baik maka  keseluruhan jasadnya akan menjadi baik.Secara sedar tentunya pemahaman kita merujuk kepada soal hati.

Hati yang kotor,penuh dengan rasa dengki dan dendam serta riak atau takabur maka balasannya faham-faham sahajalah.Nak  cakap pun tak berani.Sebab impaknya amat dahsyat dan ngeri sekali.Minta doa dijauhkan dari perkara ini.

Amat mudah mengenali seseorang yang ada hati yang busuk.Perkataan yang keluar dari mulut mereka celupar dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Selain itu orang yang busuk hati sukar untuk meminta kemaafan atau memberi kemaafan.Mereka ini jenis keras hati.Kebiasaannya mereka ini tidak memperdulikan perasaan orang lain.

Cara pemikiran mereka lebih cenderung kepada Black Hat.Bagi sesiapa yang baru nak tahu tentang Black Hat ialah cara pemikiran negatif.Kecenderungan ini memang berbahaya kerana pemikiran negatif atau berprasangka buruk mengundang dosa kepada hati sendiri.

Kerutan wajah seseorang yang busuk hati jelas ketara.Mereka memang sukar untuk menyembunyikan meskipun melakonkan watak orang lain.Lihat dan perhatikan wajah mereka.Nampak gelisah dan murung seperti dirundung malang.

Orang yang paling terasa dengan orang yang busuk hati pasti berada dalam kategori yang sama.Seorang rasa dengki.Seorang lagi rasa khianat.Bercampur sahaja mereka peluang untuk cipta kejahatan pasti terbuka luas.

Apa yang HB nyatakan dalam entri ini bukanya tepat 100 peratus.Al-maklum hati manusia bisa berubah-rubah.Perlu diingatkan hati yang busuk boleh diubati dengan mengingati mati.Ingat mati maka keegoan akan dilemahkan perlahan-lahan.

HB faham bahawa hati yang busuk akan merugikan diri sendiri.Rugi di dunia dan bertambah rugi pula diakhirat nanti.

Sekian.Salam motivasi dan awasi hati kalian sebaik yang mungkin.Orang kata jaga hati dan jaga iman.

No comments:

Post a Comment