Thursday, 17 December 2015

Lagi Ajaran Sesat

Lelaki Mengaku Dirinya Dibaiah Sebagai Imam Mahdi Buat Sidang Media di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 17 Dis – “Saya mengangkat tongkat dengan tangan kanan dan meletakkan tangan kiri didada diiringi pengikut mengangkat tangan kiri dengan telapak tangan dan jari terbuka serta meletakkan tangan kanan di dada mereka,” kata seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Amir Abdullah di satu sidang media di Ibu Kota hari ini.

Memetik laporan dari Suara.TV, lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu mendakwa konon dirinya telah pun dibai'ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imama Mhadi ketika upacara bai'ah yang dilakukan di antara hajar aswad dan maqam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Bagaimanapun, Zubir yang didakwa oleh pengikutnya sebagai Imam Mahadi telah ditahan oleh kerajaan Arab Saudi selepas upacara bai'ah sebelum dia dibebaskan 28 hari kemudian melalui proses siasatan.

Pembebasan Zubir itu dianggap satu keajaiban oleh pengikutnya kerana menurut mereka sebelum ini belum pernah seseorang yang ditangkap dapat bebas dari hukuman kerajaan Arab Saudi.


Ditanya apakah tanda-tanda dirinya adalah Imam Mahadi serta pendekatannya, Zubir berkata “tanda-tandanya adalah anak lahirkan tuan. Dimana perkara besar apabila berlaku anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.

Menurut Zubir lagi, dia tidak mahu mengakui dirinya sebagai Imam Mahadi namun dia seringkali mengulang-ulang satu ayat : “saat diriku menyampaikan kalam Allah s.w.t secara mutlak, jangan ditanya aku siapa”.

Beliau mendakwa hanya berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam hakiki dari Allah s.w.t dengan petunjuk lurus kalamullah.

Ketika ditanya tujuan mengenai kedatangannya ke Malaysia, Zubir berkata dia bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin agama negara bagi berdialog untuk mencapai satu titik persetujuan dimana ketua agama negara dapat menerima kedatangan ketua pemimpin Islam. -

No comments:

Post a Comment