‘Ketuk pintu jam 3.00 pagi kerana khalwat, bertentangan dengan Islam !
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Selepas
mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah
jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan
beberapa undang-undang syariah.
Antara yang dicadang untuk
dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa
melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam
Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang
sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah
persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Menurutnya,
perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara
pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun
Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap
kesalahan itu.
“Ini bertentangan dengan Islam.
Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada
pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip
perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan
Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau
tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda
ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan
taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam
Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti
Malaya (PAUM) hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri
Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum,
Datuk M. Redzuan Kushairi.
Noor Farida berkata, pelaksanaan
undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan
sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan
jenayah.
“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini
adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar
Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,”
tegasnya.
Tambahnya, G25 akan mendapatkan
kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara
tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan
pergerakan mereka.
Sementara itu, M. Redzuan berkata,
jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk
‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang
telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan
orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk
melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui
Perlembagaan,” jelasnya. – Utusan
#Remarks: Tak tauler ape yang dier ni pikir...Akhir Zaman....
No comments:
Post a Comment