Ada orang cakap,
“Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia,
susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan,
untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.
Rasa iri
hati selalunya orang samakan dengan rasa cemburu, padahal terdapat
perbezaan yang ketara antara rasa iri dan rasa cemburu.
Sebagai contoh, saya akan bawakan satu situasi yang mana mereka yang terlibat merasa iri.
Andai kata
pada waktu ini, jiran anda baru sahaja membeli sebuah kereta baru model
Mitsubishi Lancer Evolution X manakala anda sehingga ke saat ini masih
lagi belum mampu walaupun untuk membeli sebuah motosikal.
Lepas je
anda tau berita ini, anda mula rasa kurang senang dan anda menunjukkan
tanda-tanda yang anda kurang gembira dengan apa yang jiran anda miliki
tersebut.
Dalam keadaan tersebut anda sebenarnya merasa iri hati.. bukannya cemburu.
So masa bila pulak kita akan rasa cemburu?
Kita akan
rasa cemburu bila kita berdepan dengan situasi macam ni. Pada satu hari
kita terlihat isteri kita (bagi yang belum berkahwin, gantikan dengan
teman wanita) berbual-bual dengan seorang lelaki yang kita tak kenali.
Dari lenggok tubuh dan gaya percakapan pada waktu kita terlihat mereka
berbual dengan mesra sekali.
Selepas tu
timbul pulak perasaan kurang senang bila kita terlihat adegan-adegan
tersebut berlaku didepan mata kita. Ha.. pada waktu ni lah kita
sebenarnya diserang rasa cemburu. Tak sama ye dengan iri hati.
Perbezaannya terletak pada status ‘benda’ atau ‘objek’ yang menjadikan
kita rasa kurang senang hati tersebut.
Kalau rasa kurang senang hati tu berpunca daripada objek yang bukannya milik kita.. itu maknanya kita rasa iri hati. Tetapi kalau objek tersebut sememangnya milik kita dan kita merasa kurang senang dek kerana sebab-sebab yang tertentu, pada waktu itu lah kita dikatakan merasa cemburu.
Rasanya semua dah faham kan perbezaan antara rasa cemburu dan rasa iri hati?
Baiklah,
sekarang kita beralih pulak dengan penyakit seterusnya iaitu dengki.
Dengki ni biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang
melampau. Kita ambik balik situasi yang pertama iaitu situasi dimana
jiran kita baru je beli kereta baru model Mitsubishi Evolution Lancer X.
Kalau pada waktu yang sama kita kata dalam hati..
Harap-harap dia mati accident dengan kereta baru dia tu..
Pada waktu
tu kita dikatakan sebagai dengki dengan pencapaian jiran kita tu tadi.
Sebenarnya kita dikatakan dengki apabila kita bertindak ataupun
melakukan sesuatu yang mampu untuk mengubah dan mencacatkan kondisi
barangan atau objek yang menyebabkan kita merasa sakit hati.
Antara cemburu, iri hati dan dengki.. agak-agaknya mana satu yang lebih bahaya?
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nisaa’ ayat 32
Ambil
pengajaran daripada ayat diatas dan sedar bahawa setiap orang ada
bahagian masing-masing dari rezeki yang Allah kurniakan pada kita.
Saya ada
terjumpa sebuah buku yang mengandungi 7000 Mutiara Kata daripada
ahli-ahli philosophy seluruh dunia. Di sini saya list down kata-kata
pepatah favourite saya!
2. “Apabila semua lelaki tahu fikiran wanita, mereka menjadi 25 kali lebih berani” – Alfonso Karr
3. “Seorang
suami yang bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut,
dia menurunkan layar, menunggu, berharap , sedangkan angin ribut bukan
penghalang baginya supaya tetap mencintai laut” – Andre Maurios
4.
“Biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun
cinta terakhir itulah adalah cinta pertama bagi memasuki alam
perkahwinan” – Sidney Smith
5. “Pelajaran paling penting dalam hidup adalah memahami orang tolol pun kadang-kadang bersikap bijaksana” – Winston Churchill
6. “Di Amerika, Presidennya memerintah selama empat tahun, akhbar memerintah selama-lamanya” – Oscar Wilde
7. “Sifat pelupa yang agung adalah melupakan segala sesuatu yang menyakiti” – David Simmons
9. “Orang yang lemah ragu-ragu sebelum mengambil keputusan, orang yang kuat akan ragu-ragu selepas itu” – Karl Krauss
10. “Sejak
adanya dunia ini, lelaki menyempurnakan banyak hal tetapi wanita hanya
selalu berusaha menyempurnakan satu hal sahaja, iaitu dirinya sendiri”-
Henri Meilhac
No comments:
Post a Comment