Hadith:
Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang
daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada
Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka
berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil
musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan
terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap
Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar
boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah
menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan
kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata,
“Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?”
Mereka berkata, “Tidak, semoga Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.
Huraian Hadith:
-
Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan.
-
Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam.
-
Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.
No comments:
Post a Comment