Kita selalu bersedih.
Bersedih
dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang
tersayang, barangan dicuri, bersedih kerana paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya.
Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.
Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan.
Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan. dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara.
Ya,
bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati,
tanda jiwa yang sensitif. Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama
berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa.
Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?
aik? kena musibah pun nak gembira? Maksud saya disini adalah kita harus berfikiran positif setiap apa yang terjadi.
Contohnya,
apabila kita kehilangan handset, alasannya mungkin Allah ingin kita
kembali kepadaNya setelah kita semakin hanyut dalam urusan dunia. Itu tandanya Allah sayang kepada kita.
Tidakkah itu suatu alasan untuk bergembira?
Redha.
Orang “beriman” adalah menakjubkan. Mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.
Segala
keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan
hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke
neraka.
Timpaan musibah
tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga
menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.
Hanya yang
“beriman” sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk
redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya.
Kenapa saya nyata hanya orang beriman dan bukannya orang Islam?
Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT. Mereka redha dengan apa yang terjadi.
Rasulullah
SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian
anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta.
Cukuplah kita mencari 1000 alasan untuk bersedih dan memanjang-manjangkan kesedihan kita itu. Marilah kita mencari 1000 alasan untuk menggembirakan hati.
Hakikatnya,
tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik dan
mempunyai hikmah tersendiri. Bila Allah berikan kita musibah, itu
kebaikan dari segi peringatan kepada kita.
Tinggal kita sahaja untuk menilainya.
Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,
Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”
No comments:
Post a Comment