Monday, 21 December 2015

KEBAHAGIAN BERGANTUNG PADA APA YANG KITA FIKIRKAN


Tidaklah mudah bagi kita untuk sekadar tersenyum ketika hati merasa tersakiti, akan tetapi boleh menteramkan hati, jika diri tidak membalas dengan rasa benci. Setinggi apapun ilmu agama, kita akan tetap sulit melangkah jika hati ini penuh dengan kerapuhan. Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan pada dia yang tidak menyedari betapa berartinya diri kita padanya. Kebahagiaan tidak bergantung pada siapa kita atau apa yang kita miliki, kebahagiaan bergantung pada apa yang kita fikirkan. Cara paling sederhana menjalani hidup ini adalah menerima segala keadaan saat ini dengan ikhlas, namun tetap semangat menempuh hidup yang lebih baik.
Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah mengikut ketetapan-ketetapan dan qadak qadar ALLAH. Setiap ketetapan ALLAH ke atas kita adalah yang terbaik, tidak kira sama ada peristiwa dan kejadian itu adalah sepertimana yang kita harapkan atau sebaliknya. Ringkasnya... ALLAH tidak mengabulkan hajat kita itu jika Dia fikir hajat tersebut akan membawa keburukan kepada kita walaupun, mengikut pendapat kita hajat itu akan membawa kebaikan. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Oleh kerana sifat penyayang dan belas kasihan inilah, ALLAH akan memastikan setiap peristiwa dan kejadian yang dilalui oleh kita itu akan membawa kebaikan dan rahmat...InsyaALLAH.
Sedarlah wahai hati yang resah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Di kala kita berduka.. kita membaca kalam wahyuNya, nescaya kita rasa Dia dekat sekali di sisi kita. Jika ingin berbicara debganNya maka dirikanlah solat. Bila inginkan dia menyapa maka bacalah AlQuran. Apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan ALLAH ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian..Alhamdulillah.. Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216: ".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui..........
" Ya ALLAH...begitu indahnya KalamMU...jadikan daku hambaMU yg redha dan sabar dengan suratan dan ketentuan dari MU ini.. Aku kini sedar ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku. Jika cita-cita dan hajatku tidak tercapai. Aku tidak lagi mudah kecewa dan dukacita dalam jiwaku. Maksud ALLAH itu murni... aku percaya ALLAH akan menggantikan hajatku dengan sesuatu yang lebih baik atau setidak-tidaknya mengelakkan aku dari bencana yang lebih besar akibat daripada hajatku itu. Jadi jiwaku kini lapang dan damai walaupun tidak mencapai apa yang diharapkan....." Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment