Panjang sangat nak tarbiahkan pasal depa
ni. Sampai aku kena pecahkan post hari tu into two. Di sini i want to
thank all my 301 followers! Kalau nak follow Ilanism sila tengok right
bar dan klik follow! Okay guys, silalah tweet yang ini pulak! Huhu!
“Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi.” Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?
Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan.Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.
Tiada masalah sekiranya anda selesa
dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah
golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.
Kedua, tuhan Maha Adil. Lebih banyak
dugaan yang perlu anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda
akan terima sekiranya anda dapat menangani segala dugaan tersebut
dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah untuk anda memperkuatkan
lagi rohani anda untuk dunia dan juga akhirat.
Ketiga, ketahui bahawa, manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai “survival instinct”. Maksudnya seperti sekiranya seseorang itu di campak ke pulau yang tidak mempunyai penduduk, “survival instinct”nya
akan berusaha mencari makanan dari buah-buahan, mencari makanan melalui
ikan di laut, menadah air hujan untuk minuman, membina tempat berteduh
daripada ranting-ranting dan daun-daun. Kita sedia maklum melalui
filem-filem layar perak keadaan ini.

Sebab itu juga, sering kita mendengar
kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan.
Mereka pada asalnya hidup dengan susah dan kemudian berusaha untuk
memperbaiki diri keluar dari kesusahan itu. Survival instinct memainkan
peranan dalam keadaan tertekan!
Apabila anda di dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, ketahui rintangan-rintangan sebegini di hadapan.Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai kejayaan, tetapi, sekadar memesan supaya anda bersedia menanganinya.Kini, anda mengetahui keadaan ini, terdapat satu konsep kejayaan yang sering digunakan oleh mereka yang berjaya.
Konsep tersebut digelar “Inverse Paranoid”.
Paranoid, bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan
sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya oleh kerana takut
nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. Kita risau untuk
berjaya kerana takut pula ada yang akan mengkhianati kita.
Kita risau untuk berjaya kerana takut kita akan rebah dan jatuh semula.Tetapi, konsep “Inverse Paranoid”
pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan bahawa orang ramai mahu kita
berjaya, orang ramai akan membantu kita untuk berjaya dan orang ramai
akan sedaya upaya menyokong kita untuk berjaya.
Ternyata apabila kita luar dari kepompong pasti ada yang memerhati dan iri hati. Jadi, bagi aku ucapkan alhamdulillah dan marilah kita sama-sama doakan pada mereka yang busuk hati ini untuk diberi hidayah Nya. Lagipun, buat apa nak peduli kata-kata orang yang tak membantu diri anda! =) Mari ke puncak kejayaan semua!Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep Inverse Paranoid dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak akan menyebelahi kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya dan bersedia membantu anda mencapai puncak kejayaan! – Dr Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment