Kita fikir dia akan pegang pada janji dia, tapi akhirnya lain yang jadi. Sakitnya hati, sakitnya jiwa.. tergamaknya dia mungkiri janji. Nothing hurts more than being disappointed wiht the one that you thought would never hurt you. Kita menaruh harapan pada janji, menanti agar jadi realiti. Menongkat dagu bila diketahui.. janji itu dimungkiri. Musnahnya harapan ini bila janji dinodai. Tak apa, hari ini, hari engkau la. Esok-esok bila engkau beria-ia berjanji dengan orang, lepas tu orang tu mungkir pulak pada masa yang betul-betul engkau berharap.. terimalah. Life is like a boomerang, what you give that is what you will receive.
Seseorang yang telah berjanji, ia wajib menunaikan janjinya itu.
Perbuatan mungkir janji bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan
Allah, bahkan akan turut menyebabkan berlakunya kesusahan kepada orang
lain. Mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janji akan
mendapat dosa dan balasan seksa di akhirat. Malahan individu sebegini
dikategorikan dalam golongan yang beramal dengan sifat-sifat orang
munafik. Ia ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat
Imam Muslim yang bermaksud: “Di antara tanda-tanda orang munafik itu
ada tiga, iaitu jika bercakap ia berbohong. Apabila berjanji ia
mengingkari janji itu, dan sekiranya diberikan amanah ia
mengkhianatinya.”
No comments:
Post a Comment