Thursday, 10 December 2015

"SESIAPA DI KEHENDAKI ALLAH BAGINYA KEBAIKAN..AKAN DI BERIKAN CUBAAN KEPADANYA"~Hadis Riwayat Al-Bukhari



Buat yang sedang bersedih hati..ubati hati mu dengan ayat-ayat cinta dari-Nya agar diri mu kembali bahagia. Bersabarlah di atas setiap ujian menimpa diri mu kerana kamu adalah insan terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasa hikmah ujian ini. Ujian itu di turunkan adalah untuk menaikkan ketaqwaan mu di sisi Allah. Maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan, ada manis di sebalik pedih mu itu.
Dengan adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan kita belajar erti syukur. Dan ingatlah, ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil dari ujian orang lain. Kita masih mampu tersenyum di sini tetapi insan lain merintih setiap hari untuk hidup. Ternyata ujian mereka lebih besar dari ujian yang kita alami saat ini.
Setiap masalah pasti ada hikmahnya. Setiap kesusahan yang di alami akan membuatkan manusia menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hamba, sekaligus menyedari betapa Allah itu Maha Berkuasa. Dan ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintai seseorang itu. Di biarkan hambaNya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya walau di awalnya derita yang di rasa.
Menyedari kita adalah hamba Allah, sememangnya kita layak di uji. Jangan pernah mengeluh andai kita rasa pedihnya takdir. Jangan pernah mencebik andai kita merasa sukarnya hidup. Bersyukurlah andai kita merasai musibah dan ujian hidup kerana Allah sangat rindu mendengar rintihan kita kepadaNya. Kita manusia sering lupa, maka di datangkan ujian untuk mengingatiNya.
Ujian dan dugaan itu datang untuk menguatkan kita dan membina ketahanan diri. Allah tidak membenci, tetapi dugaan tidak akan datang tanpa ganjaran yang tidak dapat digambarkan manafaatnya. Dugaan menjadikan kita ke tahap yang lebih baik, membersihkan jiwa dan belajar bersabar. Adakalanya Allah menjawab doa dan harapan kita dengan syurga-Nya

No comments:

Post a Comment