Monday, 14 December 2015

Still Sabar..Ya Allah..Kuatkanlah aku Ya Allah...

Assalamualaikum...
13/12/2015 6.45pm

Tadi pagi aku bgn lmbat...
Biaserler..cutikan...
Bangun tido...charge hp...
Tp bila bukak jer ade 2 masej masuk...
Aku ingt dr Bintang Hati Aku...
Tapi biler bukak...
Dari bini dier...
Hinaan yg makian...
Ya Allah...Sakit Ya Allah...
Dier ckp aku bangsat dan aku perlu undur diri....
Sbb dier dah ok ngn semua org...
Its okay kalu mcm tuh...
Aku tumpang happy....
Tapi kenapa bpk aku yg dah meninggal tu dikaitkan jugk...
Ya Allah sakit...
Please lah...nor...please...
Jangan ler sebut arwah ayah lagi dengan perkataan tak elok...
Aku sakit nor...Please nor...
Kalu kau nk hina, please hina aku jer....
Jangan ler sebut pasal mak bapak aku...
Kau tak rase sakitnyer kehilangan org yg kiter syg....

Pastuh panggil aku betina sundal, pelacur, bangsat....
Ape tuh..
Aku tk pernah mintk makan ngn kau lah nor....
Ni aku nak sumpah kau ni nor...

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyanyang, Engkau bagilah Nor pembalasan setimpal atas penghinaannya terhadap aku ngn keluarga aku....Tolonglah Ya Allah...Engkau amat berkuasa Ya Allah....."
Aku percaya Allah akan bagi pembalasan pada kau nor.....
Doa org org teraniaya tu takde hijab nor....
Amin....
Korang tolong aminkan yer....

Assalamualaikum and hello reader (s) yang disayangi.






Sekiranya anda seseorang yang suka kutuk mengutuk orang nie saya doakan anda dapat membuang jauh-jauh sifat tue dan anda juga mendoakan saya tidak terjebak dalam kutuk mengutuk orang nie. 

Kita kadangkala dalam sedar dan tidak menghina fizikal orang lain. Perkataan gemuk, pendek, buruk dan sebagainya merupakan kata-kata hinaan yang sering diluahkan. Mungkin kita tak sedar bila menyebut perkataan-perkataan berikut. Bila terkena kat batang hidung sendiri, sedih kan??

Semua orang ada hati dan perasaan. hati mana yang tak sedih apabila dihina, dikutuk begitu? Sedarkah kita yang dikutuk tue merupakan ciptaan Allah taala? 

Perbuatan ini merupakan budaya jahiliyah yang ditegah oleh  Islam dan diharamkan oleh Allah. 

Firman Allah:


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"
[49:11]

Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji"
[104:1]

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. 

Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."


Semoga kita bersama-sama berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah ini kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. 

Firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah"
[49:10]

Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya:

Maksudnya: "Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"

Sekadar nasihat dan renungan bersama. semoga sama-sama kita muhasabah diri.



No comments:

Post a Comment