Berubah ke arah lebih baik.
Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah. Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.
Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah. Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati
kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih
peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur
kejahilan.
Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?
Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur – ansur agar tidak berlaku kejutan.
Bayangkan
jika dulu kita selalu melepak dengan kawan – kawan kita sekarang ini
kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu
membuang masa.
Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?
Ada juga
yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh,
total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila – bila sahaja.
Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat.
Kedua – dua pendapat tersebut boleh diterima.
Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan.
Lebih
sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup
dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.
Untuk persoalan ini, sebenarnya kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu.
Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu berubah dari sudut penampilan dan berubah dari sudut perangai/gaya hidup.
Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step.
Sebagai
contoh, jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup
aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya
menutup aurat.
Tetapi
bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan
itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging
dalam diri.
Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus.Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali.
Keduanya boleh kita simpulkan seperti kita dan kereta.
Nak tukar kereta senang jer, hari ini kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW.
Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.
Memang, melakukan perubahan ini merupakan satu perjuangan. Anda dijemput membaca artikel berkenaan disini
Yang
paling penting samada perubahan kite tu step by step or skaligus,
adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni
tidak ditarik balik.
Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”
No comments:
Post a Comment